Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 50 peguam negeri AS dituntut letak jawatan

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump kelmarin mendakwa ‘membersihk­an’ Jabatan Kehakiman dengan menuntut peletakan jawatan serta-merta 46 pendakwa raya persekutua­n yang dilantik sewaktu pemerintah­an dua penggal bekas presiden Barack Obama.

Pendakwa raya berprofil tinggi Manhattan Preet Bharara antara mereka yang disuruh berundur, walaupun bertemu Trump sebelum ahli Republikan itu memegang jawatan dan mendakwa diminta untuk terus memegang jawatan.

Ju r u c a k a p Ja b a t a n Kehakiman Sarah Isgur Flores berkata, Peguam Negara Jeff Sessions meminta kesemua 46 peguam negeri yang dilantik presiden mengemukak­an surat peletakan jawatan kononnya untuk memastikan peralihan seragam.

“Sehingga peguam negeri baharu disahkan, pendakwa raya yang berdedikas­i di Pejabat Peguam AS akan meneruskan kerja hebat jabatan itu untuk menyiasat, mendakwa, dan menghalang pesalah paling ganas.”

Lewat kelmarin, seorang lagi jurucakap Jabatan Kehakiman Peter Carr berkata, Trump meminta dua pendakwa raya untuk meneruskan kerja — pemangku timbalan peguam negara semasa Dana Boente dan orang yang dipilihnya untuk mengambil alih jawatan itu Rod Rosenstein.

“Presiden menghubung­i Dana Boente dan Rod Rosenstein pada malam ini untuk memaklumka­n kepada mereka bahawa beliau enggan menerima peletakan mereka, dan mereka akan kekal di kedudukan mereka sekarang,” kata Carr.

Ketua Demokrat Senat Chuck Schumer berkata, beliau khuatir selepas mengetahui tentang perintah itu khususnya membabitka­n Bharara, dan berkata ia tidak dilakukan dengan cara teratur seperti sebelum ini.

“Dengan menuntut pengundura­n setiap Peguam AS yang ada sebelum pengganti mereka disahkan malah dicalonkan, presiden mengganggu kes dan siasatan yang sedang dibuat, selain menghalang pelaksanaa­n keadilan,” Schumer menyebut dalam Facebook. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HILANG JAWATAN: Gambar fail 13 Julai tahun lepas menunjukka­n Bharara menghadiri acara Reuters Newsmaker di Kota New York.
— Gambar Reuters HILANG JAWATAN: Gambar fail 13 Julai tahun lepas menunjukka­n Bharara menghadiri acara Reuters Newsmaker di Kota New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia