Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim tarik balik pembebasan isteri penembak Orlando

-

MIAMI: Seorang hakim persekutua­n Amerika Syarikat ( AS) kelmarin menarik balik perintah yang membenarka­n pelepasan balu pembunuh kelab malam Orlando sementara menunggu perbicaraa­n, kerana menurutnya tertuduh berpotensi melarikan diri dan membahayak­an orang ramai.

Hakim Daerah AS Florida, Hakim Paul Byron menarik balik keputusan sebelum ini oleh seorang majistret persekutua­n di California untuk melepaskan Noor Salman dengan ikat jamin sebanyak AS$ 500,000 (RM2.25 juta).

Serangan Omar Mateen di Pulse, sebuah kelab malam ‘gay’ di Florida, pada Jun lalu mengorbank­an 49 orang dan mencederak­an sekurangku­rangnya 68 orang lain.

Mateen, yang menjanjika­n taat setia kepada rangkaian pelampau jihad Islamic State ( IS) dalam satu panggilan 911 sewaktu serangan itu, terbunuh dalam satu kejadian tembak-menembak dengan polis. Dia berusia 29 tahun.

Salman, 30 tahun, ditangkap pada Januari lalu di utara California, di mana keluargany­a berada, kerana membantu dan bersubahat dengan suaminya, satu tuduhan yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Tertuduh juga didakwa atas tuduhan berbohong kepada penyiasat.

Byron berkata walaupun Salman mungkin tidak ada kaitan langsung dengan IS, dia amat menyedari te n t a n g pa n d a n g a n suaminya yang melampau dan tahu bahawa suaminya merancang serangan, seperti yang ditunjukka­n dalam pengakuann­ya kepada Biro Siasatan Persekutua­n (FBI).

Bagaimanap­un peguamnya berkata, sebarang pengakuan yang mungkin telah dibuat oleh Salman berlaku pada hujung soal siasat selama 16 jam.

Byron dalam keputusann­ya juga berkata beliau tidak menerima kenyataan keluarga dan rakan yang bercakap baik mengenai Salman, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun bersama Mateen, dalam kenyataan bersumpah.

Be l i a u me n a m b a h walaupun ibu dan bapa saudara Salman bersetuju untuk mengemukak­an rumah- rumah mereka di California sebagai cagaran jika Salman dilepaskan, beliau bimbang Salman akan lari ke Tebing Barat di Palestin, di mana keluargany­a memiliki hartanah.

Peguam bela Salman, Charles Swift, menyebut dalam satu kenyataan bahawa anak guamnya tetap menyatakan dia sama sekali tidak bersalah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia