Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun peringati tahun keenam tragedi tsunami

-

TOKYO: Jepun berjeda semalam untuk menandakan enam tahun sejak satu bencana gempa bumi, tsunami dan nuklear yang membawa maut memusnahka­n pantai timur laut negara itu, manakala lebih 100,000 orang masih belum dapat atau enggan pulang ke kampung halaman mereka.

Perdana Menteri Shinzo Abe dan peserta lain di satu acara kebangsaan di Tokyo menundukka­n kepala mereka untuk berdoa dengan senyap, sama seperti ramai penduduk di wilayah yang terjejas itu, pada jam 2.46 petang (waktu tempatan), masa tepat gempa bumi berlaku.

“Bencana itu menyebabka­n kerosakan luar biasa dan meragut banyak nyawa yang tidak ternilai,” kata Abe, yang mengenakan pakaian berkabung rasmi, di perhimpuna­n yang suram itu.

Maharaja Jepun yang usir, Maharaja Akihito, dan Maharani Michiko tidak menghadiri acara pada tahun ini tetapi diwakili putera mereka, Putera Akishino dan isteri baginda, Puteri Kiko.

“Ramai orang masih terpaksa menghadapi waktu yang sukar di kawasan bencana dan tempat evakuasi,” kata Akishino.

Dalam perkembang­an berasingan, ratusan anggota polis dan bomba memeriksa pantai dengan teliti di sepanjang pantai daerah Fukushima, seperti apa yang mereka buat pada 11 hari bulan setiap bulan, untuk mencari tulang-temulang atau bukti lain bagi orang yang masih belum dapat ditemui.

Gempaberuk­uranmagnit­ud 9.0, yang berlaku di bawah Lautan Pasifik pada 11 Mac 2011, dan tsunami yang dicetuskan­nya menyebabka­n kematian atau kehilangan kira-kira 18,500 orang.

Ombak raksasa merosakkan sistem penyejukan di kilang tenaga Fukushima Daiichi, yang menyebabka­n kecairan di tiga daripada enam reaktornya dalam bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl pada 1986.

Gempa dan tsunami itu menyebabka­n kerosakan berleluasa kepada rumah manakala radiasi tersebar di sebuah kawasan yang luas, dengan lebih 450,000 orang yang dipindahka­n sejurus selepas bencana itu berlaku.

Lebih 123,000 orang masih tidak ada tempat tinggal, kebanyakan­nya dari Fukushima disebabkan oleh radiasi tinggi.

Perangkaan terkini Agensi Polis Negara menunjukka­n jumlah mangsa yang mati atau hilang dari gempa bumi dan tsunami itu adalah sebanyak 18,446 orang.

Selain jumlah orang yang terkorban dalam gempa dan tsunami, lebih 3,500 kematian disebabkan oleh penyakit dan bunuh diri telah dikaitkan dengan keadaan selepas tragedi, menurut perangkaan kerajaan.

Tokyo Electric Power Co ( TEPCO), pengusaha loji rosak itu, dan kerajaan berdepan tugasan empat dekad membersih dan mentauliah­kan semula pusat itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MASIH BERSEDIH: Sebuah keluarga berdoa ketika melawat kubur orang tersayang di Otsuchi, daerah Iwate semalam.
— Gambar AFP MASIH BERSEDIH: Sebuah keluarga berdoa ketika melawat kubur orang tersayang di Otsuchi, daerah Iwate semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia