Utusan Borneo (Sarawak)

Buat sendiri bunga api, tujuh sekeluarga rentung

-

TEHRAN: Seorang remaja Iran yang membuat bunga api sendiri untuk satu perayaan menjelang Tahun Baharu Paris telah meletupkan rumahnya dan membunuh dirinya dan enam anggota keluarga lain, kata seorang pendakwa raya semalam.

Rumah di bandar barat laut Ardebil diranapkan oleh kekuatan letupan, kata ketua pendakwa raya tempatan, Naser Atabati, kepada laman sesawang berita badan kehakiman Mizan Online.

“Tujuh maut, seorang cedera parah dan tiga lagi cedera ringan,” katanya.

Mangsa yang rentung meliputi lima remaja dan sepasang suami isteri berusia separuh baya.

Menurut tradisi, bunga api dan unggu api menandakan Rabu terakhir dalam tahun Parsi, satu perayaan api yang dikenali sebagai Chaharshan­beh-Soori.

Tahun ini, Tahun Baharu Parsi atau Nowruz, jatuh pada Selasa berikutnya, 21 Mac.

Ia merupakan satu tradisi pra- Islam yang dikaitkan dengan fahaman Zoroastria­n yang masih diikuti dengan meluas, bukan sahaja di kawasan berbahasa Parsi tetapi juga di bandar majoriti etnik Azeri seperti Ardebil.

Setiap tahun, pihak berkuasa melancarka­n program kesedaran awam mengenai bahaya bunga api. Sewaktu perayaan pada tahun lepas, tiga orang maut dan lebih 2,500 orang cedera.

Kempen publisiti tahun ini menuntut penghormat­an bagi 16 anggota bomba yang terkorban ketika cuba memadam kebakaran di bangunan pencakar langit di Tehran pada Januari lalu.

Sementara itu, Iran telah berjaya menjalanka­n ujian pelancaran misil tentera laut yang mencecah sasaran 250 kilometer jauhnya, menurut agensi berita tempatan barubaru ini.

“Minggu ini kami telah menguji misil Hormuz-2,” agensi Fars dan Tamim memetik kata komander sayap udara pasukan elit Pengawal Revolusi Jeneral Amir-Ali Hadjizadeh.

“Menurut agensi berita tempatan, misil baharu itu mempunyai jarak maksimum 300 kilometer tetapi sasaran dalam ujian kali ini cuma sejauh 250 kilometer di kawasan Teluk Oman.

Pengawal Revolusi mengecam Amerika Syarikat ( AS) dalam dua insiden berasingan di teluk tersebut minggu lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia