Utusan Borneo (Sarawak)

Kubur tersembuny­i semadikan 242 mayat

-

COATZACOAL­COS: Pihak berkuasa Mexico menjumpai sekurang- kurangnya 242 mayat dalam kubur-kubur tersembuny­i di negeri timur Veracruz yang ditemui ibuibu yang mencari anak-anak mereka yang hilang, kata pegawai kelmarin.

Mayat- mayat tersebut dijumpai dalam tempoh enam bulan, dengan mayat pertama yang ditemui pada Ogos lalu berhampira­n bandar Veracruz oleh kumpulan sukarelawa­n yang dikenali sebagai El Solecito, yang ditubuhkan oleh saudaramar­a mangsa yang hilang.

Kumpulan tersebut menyerahka­n penggalian kubur kepada pakar forensik.

Sebanyak 124 buah kubur sudah dikesan dan selepas memeriksa dengan teliti hampir kesemuanya, 242 tengkorak dijumpai, kata seorang pegawai kanan di pejabat pendakwa raya yang enggan dikenali kepada AFP.

Seorang lagi individu yang dekat dengan siasatan, yang juga enggan dikenali, berkata kubur-kubur terbabit mengandung­i “banyak pakaian, kasut dan tauliah wanita muda yang kelihatan seperti dimiliki budak-budak bandar”.

Veracruz, salah sebuah negeri paling ganas di Mexico, merupakan tempat pertikaian berdarah di antara dua kartel dadah, Los Zetas dan Jalisco Nueva Generacion.

Menurut sumber tentera yang terlibat dalam kerja bersama El Solecito, mangsa “kemungkina­n dikebumika­n oleh penjenayah yang bersekongk­ol dengan pihak berkuasa tempatan”. Sumber itu juga enggan dikenali.

Di tempat l ain di Mexico, kubur- kubur tersembuny­i pernah dijumpai mengandung­i ratusan mayat. Pada Januari lalu, 56 mayat ditemui dalam sebuah kubur di negeri utara Nuevo Leon, di mana kartel-kartel dadah bersaing untuk menguasai laluan penghantar­an ke Amerika Syarikat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia