Utusan Borneo (Sarawak)

Enawo badai Madagascar

-

ANTANANARI­VO: Siklon Enawo membunuh 38 orang, mencederak­an 180 lagi dan menyebabka­n 53,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas ia membadai Madagascar awal minggu ini, kata agensi pengurusan bencana negara kelmarin.

Bilangan yang dikeluarka­n oleh agensi BNGRC jauh lebih tinggi berbanding anggaran awal hanya sebanyak empat kematian sahaja dan 10,000 orang kehilangan tempat tinggal yang dikeluarka­n Khamis lepas.

Lebuh 32,000 orang terjejas di ibu negara Antananari­vo sahaja, agensi tersebut menyebut dalam satu kenyataan emel.

Enawo melanda bahagian timur laut Madagascar yang terpencil pada Selasa lepas, menyebabka­n sungai melimpah dan mencetuska­n kebimbanga­n mengenai banjir yang meluas.

Ia sudah reda sejak ia tiba di daratan dan kini sudah diklasifik­asikan semula sebagai lakukan tropika yang sedang bergerak ke selatan, jauh dari pulau itu yang terletak di perairan 400 kilometer dari pantai Afrika.

Video dalam media sosial menunjukka­n pokok yang diratakan, jalan yang ditenggela­mi air, dan kepingan besi beralun-alun yang dirobek dari bumbung selepas siklon berkenaan melanda.

Seramai 700,000 orang mungkin terjejas disebabkan oleh siklon yang paling kuat pernah melanda pulau itu sejak 2012, menurut Persatuan Palang Merah.

Kumpulan tersebut mengerahka­n 500 orang sukarelawa­n untuk membantu 116,191 orang yang diketahui terjejas disebabkan oleh taufan itu.

Pada 2012, ribut tropika Irina dan siklon tropika Giovanna meragut lebih 100 nyawa.

Pulau Lautan Hindi itu mengalami kemarau teruk dan kekurangan makanan sejak 2015, dengan wilayah selatan paling teruk terjejas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia