Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Thailand akui terlepas sami ‘penipu’

Kepungan tiga minggu DSI ke atas Wat Dhammakaya ternyata tidak membuahkan hasil

-

BANGKOK: Seorang sami tua yang dikehendak­i kerana melakukan penipuan besarbesar­an telah meloloskan diri daripada kepungan selama tiga minggu ke atas tokongnya, akui polis Thai semalam, sekali gus mengelak penangkapa­n yang diarahkan oleh junta negara dan dicanangka­n dengan meluas.

Pada 16 Februari lalu, junta Thai menggunaka­n kuasa khas untuk menutup pekarangan tokong Wat Dhammakaya seluas 1,000 ekar di pinggir Bangkok.

Sejak itu ribuan anggota polis mengepung tokong itu dalam usaha untuk menangkap sami berusia 72 tahun, Phra Dhammachay­o, yang dipercayai bersembuny­i di dalam.

Bekas ketua biara itu, yang menubuhkan perkumpula­n serpihan agama Buddha berkenaan pada 1970 dan mengemudi kebangkita­nnya sehingga mencapai kekayaan, dituduh mengubah wang dan menerima dana gelap bernilai AS$33 juta (RM148.5 juta) dari ketua sebuah bank koperasi yang berada di penjara.

Pengikut sami itu berkata beliau tidak bersalah dan menafikan sebarang pengetahua­n tentang lokasinya, sebaliknya menuduh junta mengambil tindakan yang sia- sia ke atas sebuah institusi agama Buddha yang popular dan sah.

Kehilangan sami berkenaan telah memukau rakyat Thai, yang mencetuska­n persoalan mengenai agama dan politik selain menimbulka­n masalah bagi ketua-ketua tentera di Thailand untuk menjelaska­n cabaran kepada kekuasaan mereka.

Semalam polis berkata Phra Dhammachay­o mungkin sudah meninggalk­an tokong itu pada awal kepungan selama beberapa minggu.

“Saya percaya beliau melarikan diri antara 1618 Februari,” kata Paisit Wongmuang, ketua pengarah Jabatan Siasatan Khas (DSI), versi FBI di Thailand, kepada pemberita.

“Kami mendapati dinding tokong telah dimusnahka­n, ada kemungkina­n seseorang membantuny­a melarikan diri,” katanya.

Po l i s me n a m a t k a n kepungan mereka lewat kelmarin tetapi mereka akan terus berada di kawasan sekitar yang masih berada di bawah kuasa khas.

Operasi mereka selama tiga minggu bertukar menjadi sandiwara apabila samisami yang ingkar membawa mereka mengelilin­gi terowong rahsia, bilik kosong dan malah ke bilik bekas ketua biara berkenaan, di mana polis menjumpai katil dengan tilam yang disusun di bawah cadar untuk meniru seseorang yang sedang tidur.

Pengkritik menuduh se k t a Dh a m m a k a y a mempromosi­kan falsafah ‘ bayar untuk menikmati nirvana’, yang digilap dengan pertunjuka­n kebaktian kultus besar- besaran dan jentera perhubunga­n awam yang canggih.

Tokong itu juga diselubung­i politik yang kelam-kabut di Thailand, dengan dakwaan yang mengaitkan­nya dengan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang mana sehingga kini masih hidup dalam buangan sendiri ekoran kes rasuah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIPERMAINK­AN: Sekumpulan sami mengalu-alukan ketibaan anggota DSI sebelum pemeriksaa­n harian dijalankan ke atas tokong tersebut di wilayah Pathum Thani, kelmarin.
— Gambar Reuters DIPERMAINK­AN: Sekumpulan sami mengalu-alukan ketibaan anggota DSI sebelum pemeriksaa­n harian dijalankan ke atas tokong tersebut di wilayah Pathum Thani, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia