Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh mayat reput ditemui di penjara Venezuela

-

CARACAS: Pihak berkuasa Venezuela kelmarin berkata mereka telah menjumpai mayat tujuh orang yang reput di dalam penjara terbesar di negara tersebut, lima bulan selepas rusuhan ganas di kalangan banduan memaksa penutupann­ya.

“Kami menerima laporan bahawa tulang telah dijumpai, mayat manusia, dan kami segera mengaktifk­an” siasatan di penjara di San Juan de Los Morros, kata menteri hal ehwal penjara Iris Varela di satu sidang akhbar.

Varela mulanya berkata mayat itu dipercayai mayat tiga banduan yang hilang sebelum penjara ditutup.

Namun kemudian dalam Twitter, sambil menyebut tentang bukti forensik baharu, beliau mengubah jumlah mayat kepada tujuh.

Kerajaan menutup penjara itu 28 Oktober lalu untuk menamatkan rusuhan selama berminggu-minggu di antara banduan-banduan yang mahu menguasai kemudahan itu.

Aduan juga telah dibuat bahawa banduan telah mati disebabkan oleh kekurangan makanan dan ubat-ubatan.

Penjara Umum Venezuela, nama rasmi penjara tersebut, mempunyai kira- kira 9,000 banduan sebelum penutupann­ya, menurut kumpulan bukan kerajaan ‘A Window on Freedom’.

Kira- kira 88,000 orang dipenjara di Venezuela, menurut anggaran kumpulan tersebut, 33,000 daripadany­a dalam penjara polis.

Kumpulan itu berkata walaupun kerajaan menaik taraf, penjara di Venezuela sebenarnya ‘sekolah jenayah’ yang dikuasai banduan dengan kolam renang, kedai piza dan disko. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia