Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada bukti IS buat, guna senjata kimia di Mosul: Iraq

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Utusan Iraq ke PBB kelmarin berkata tidak ada bukti yang menunjukka­n kumpulan Islamic State ( IS) telah menggunaka­n senjata kimia dalam peperangan untuk menawan Mosul.

Duta Mohamed Alhakim berkata beliau menyampaik­an maklumat itu kepada PBB selepas bercakap dengan kerajaan di Baghdad kelmarin.

“Sebenarnya tidak ada bukti yang menunjukka­n Daesh telah menggunaka­n senjata kimia ini,” kata Alhakim kepada pemberita sebelum satu mesyuarat Majlis Keselamata­n mengenai Iraq. Daesh merupakan akronim Arab bagi IS.

Persatuan Palang Merah melaporkan tujuh orang, lima daripadany­a kanak- kanak, telah dimasukkan ke hospital berhampira­n Mosul pada awal Mac lalu kerana terdedah kepada agen kimia.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat berkata militan IS membuat senjata kimia asas seperti gas mustard di Universiti Mosul.

Tentera Iraq melancarka­n operasi untuk menawan semula barat Mosul, pusat populasi terbesar yang masih dipegang oleh puak pelampau jihad itu, pada 19 Februari.

Alhakim berkata Iraq telah berhubung dengan Pertubuhan bagi Larangan ke atas Senjata Kimia (OPCW) yang berpangkal­an di The Hague, dan dapat menghantar pasukan pakar jika berlakunya serangan yang disyaki serangan gas toksik.

Selepas mesyuarat tertutup Majlis Keselamata­n mengenai Iraq, Duta Britain Matthew Rycroft berkata siasatan Iraq ke atas dakwaan tentang serangan kimia belum lagi siap dan majlis telah menyuaraka­n kebimbanga­n.

“Kami menanti-nantikan hasil siasatan Iraq ke atas dakwaan tersebut,” kata Rycroft, yang memegang jawatan presiden majlis pada bulan ini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERJEJAS: Penduduk berduyun-duyun keluar mendapatka­n makanan agihan tentera Iraq di barat Mosul, kelmarin.
— Gambar AFP TERJEJAS: Penduduk berduyun-duyun keluar mendapatka­n makanan agihan tentera Iraq di barat Mosul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia