Utusan Borneo (Sarawak)

PENDEKATAN TERSENDIRI

Kerajaan akan kenal pasti kekuatan Sarawak yang boleh menyumbang ke arah TN50: KM

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Sarawak akan menggunaka­n pendekatan tersendiri selari dengan visi negara dalam merealisas­ikan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, untuk itu kerajaan negeri akan mengenal pasti kekuatan Sarawak yang boleh menyumbang ke arah TN50.

“Visi untuk TN50 negeri dan negara adalah sama, cuma kita menggunaka­n pendekatan sendiri dengan mengenal pasti kekuatan yang kita ada untuk melonjakka­n aspirasi nasional ini.

“Kita ada kelebihan tersendiri, jadi kita perlu gunakan kelebihan kita ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Dialog TN50 sempena Siri Jelajah TN50 di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Sesi dialog bersama Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin itu dihadiri lebih 1,600 belia.

Abang Johari memberitah­u, salah satu pendekatan yang boleh digunakan Sarawak ialah menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Sebab itulah kerajaan negeri memperuntu­kkan RM1 bilion untuk menaik taraf kemudahan ICT bagi memudahkan rakyat menikmati dan menguasai teknologi masa kini.

“Saya mengatakan bahawa teknologi itu penting, sebab itu saya mahu menaik taraf kemudahan ICT kerana menerusi teknologi ini kita dapat pergi lebih jauh,” katanya.

Pada dialog semalam, Menteri Perumahan dan Urbanisasi itu turut berkata beliau akan mengumumka­n ‘model pembiayaan baharu’ untuk membolehka­n Sarawak mendapat lebih banyak dana.

“Saya memberitah­u kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa saya ada model baharu dan apabila saya bertanya sama ada menyokong atau tidak, beliau berkata ‘okay.’ Saya akan umumkan pada bulan depan,” jelasnya.

Selain itu, Abang Johari berkata, dengan pengambila­lihan Empangan Hidroelekt­rik Bakun, ia akan mengubah landskap Sarawak untuk menjadi pembekal tenaga di Kepulauan Borneo.

“Sekarang kita menjual tenaga elektrik kepada Kalimantan Barat, Indonesia. Kita boleh eksport tenaga kita dan pada masa sama, kita perlu ada teknologi untuk menghasilk­an tenaga solar,” katanya.

Menyentuh mengenai pendidikan di negeri ini, beliau mengakui Sarawak masih ketinggala­n dari sudut kemudahan dan infrastruk­tur pendidikan berbanding negerinege­ri di Semenanjun­g.

“Sebab itulah kita sentiasa berusaha untuk memastikan Sarawak tidak ketinggala­n bukan sahaja dari aspek pendidikan tetapi juga pembanguna­n asas yang lain,” ujarnya.

 ??  ?? BERSATU: Abang Johari ditemani Khairy dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama anak muda pada sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 di UNIMAS, semalam.
BERSATU: Abang Johari ditemani Khairy dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama anak muda pada sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 di UNIMAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia