Utusan Borneo (Sarawak)

ENAM SUSPEK SAMUN HOTEL BAJET DICEKUP

-

KUCHING: Enam lelaki ditangkap dalam dua serbuan berasingan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kerana disyaki terlibat dengan kes samun sebuah hotel bajet, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun, masing-masing berasal dari Sebuyau dan Asajaya.

Menurutnya lagi, serbuan pertama di Kampung Bumbok, Bau dijalankan pada Rabu lepas iaitu sekitar jam 11 malam, diikuti serbuan kedua di Asajaya pada hari berikutnya, jam 6.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis diketuai ASP Austin telah membuat tangkapan ke atas empat lelaki di tepi jalan Kampung Bumbok, Jalan Batu Kitang kerana disyaki terlibat dengan kejadian samun sebuah hotel bajet di Batu 3 pada 6 Mac lalu.

“Hasil siasatan kemudian membawa kepada tangkapan dua lagi suspek dipercayai rakan sejenayah mereka di Asajaya,” kata Abang Ahmad dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, kesemua suspek semasa ditahan juga didapati positif dadah jenis syabu.

“Siasatan awal mendapati empat daripada suspek mengaku terlibat melakukan samun tersebut bersama seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Selain itu, salah seorang suspek adalah anggota tentera namun tidak terlibat dalam kejadian samun, tetapi dia masih ditahan reman kerana positif ujian air kencing dan begitu juga dengan kesemua suspek yang lain (positif syabu),” kata Abang Ahmad.

Abang Ahmad turut memberitah­u pihaknya telah menyita sebuah kereta dan hasil pemeriksaa­n di dalamnya berjaya menemui sebilah pisau kecil, parang dan pedang dipercayai digunakan dalam kejadian samun tersebut.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seskyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata dan berkumpula­n.

 ??  ?? BARANG KES: Senjata yang ditemui di dalam kereta yang disita daripada suspek. DICEKUP: Tiga daripada suspek yang ditahan semasa serbuan tersebut. Turut kelihatan ASP Austin (kiri).
BARANG KES: Senjata yang ditemui di dalam kereta yang disita daripada suspek. DICEKUP: Tiga daripada suspek yang ditahan semasa serbuan tersebut. Turut kelihatan ASP Austin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia