Utusan Borneo (Sarawak)

REMAJA HILANG, PERAHU TERPEROSOK BAWAH TONGKANG

-

SIBU: Seorang remaja lelaki hilang dikhuatiri lemas di Sungai Rajang selepas perahu dinaiki bersama seorang rakan mengalami kerosakan sebelum terperosok dan karam di bawah sebuah kapal tongkang dekat sini, malam kelmarin.

Insiden berlaku berhampira­n jeti Pasar Baru Kapit ketika mangsa, Maxmeclues­s Kalat Tommy, 19, dari Rumah Ramba, Nanga Serangat, Balleh dan rakannya, Jeffery Jamin, 17, dikatakan mahu menyeberan­gi Sungai Rajang menggunaka­n perahu sekitar jam 10.15 malam.

Namun, enjin sangkut perahu tiba-tiba rosak menyebabka­n mereka hanyut dibawa arus deras menuju sebuah tongkang sebelum terperosok dan karam.

Jeffery dikatakan sempat terjun untuk menyelamat­kan diri dan memaklumka­n insiden itu kepada keluarga mangsa sebelum berusaha mencari Maxmeclues­s di sekitar kawasan kejadian.

Bagaimanap­un, usaha tersebut gagal dan mereka tampil membuat laporan polis ke IPD Kapit pada jam 2.38 pagi semalam.

Susulan itu, pasukan bomba dari BBP Kapit bersama empat anggota diketuai oleh PBK II Perita Jepai bertindak memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8 pagi semalam.

Menurut maklumat dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, operasi pencarian menggunaka­n bot penyelamat tertumpu pada radius tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa terjatuh.

Sehingga berita ini ditulis, pasukan SAR masih berada di lokasi menjalanka­n pencarian menggunaka­n kaedah pengesanan dalam air.

 ??  ?? MASIH MENCARI: Anggota bomba menjalanka­n operasi mencari mangsa yang hilang di lokasi kejadian.
MASIH MENCARI: Anggota bomba menjalanka­n operasi mencari mangsa yang hilang di lokasi kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia