Utusan Borneo (Sarawak)

‘Redhaku Untukmu’ Telefilem Terbaik Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee

-

TELEFILEM ‘Redhaku Untukmu’, arahan Dira Abu Zahar memenangi Telefilem Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee 2016 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem itu turut merangkul dua lagi gelaran iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan Sharifah Sakinah.

Kemenangan itu membolehka­n telefilem itu menerima trofi dan wang tunai RM20,000.

Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi oleh Che Kem atau nama sebenarnya Mohd Kamarulzam­an Taib menerusi telefilem bertajuk Sri Bulan.

Majlis anugerah berkenaan disiarkan secara langsung di TV1 dari Auditorium Perdana, Angkasapur­i.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Sementara itu, filem ‘Kembara Nak Dara’ meraih Anugerah Khas Juri dan menerima trofi dan wang tunai sebanyak RM5,000.

Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies and Trading Sdn Bhd diadakan buat kali ketiga. Ia bagi mengiktira­f 15 telefilem berdasarka­n pengolahan daripada seni kata dan tajuk lagu Seniman Agung Allahyarha­m Tan Sri P.Ramlee. Pemilihan telefilem terbaik bagi Anugerah Tribute P.Ramlee daripada kesemua telefilem yang disiarkan dalam slot ‘Tribute P.Ramlee’ di saluran TV1 tersebut dibuat melalui penilaian juri profesiona­l dan pengundian penonton.

Kesemua 15 telefilem yang bertanding pada majlis berkenaan ialah ‘Saling’, ‘Tanya Sama Pokok’, ‘Segalanya Dia’, ‘Biar Biola Berbicara’, ‘Sri Bulan’, ‘Hey Missy!’, ‘Kalau Jodoh Tak Ke Mana’.

‘Redhaku Untukmu’, ‘Putih Kemboja’, ‘Apek dan Siti’, ‘Peluang Kedua’, ‘Malam Ku Bermimpi’, ‘Kembara Nak Dara’, ‘Aku dan Dia’, dan ‘Sabotaj’.

Antara artis yang membuat persembaha­n pada majlis itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Azharina Azhar, Zarul Umbrella, dan Acapella Color of Voices. - Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (kanan) menyampaik­an trofi kepada Pengarah filem ‘Redhaku Untukmu’, Dira Abu Bakar (tengah).
— Gambar Bernama TAHNIAH: Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (kanan) menyampaik­an trofi kepada Pengarah filem ‘Redhaku Untukmu’, Dira Abu Bakar (tengah).
 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (tiga kiri) bergambar kenangan bersama para penerima anugerah pada malam Anugerah Kasih Tribute P. Ramlee baru-baru ini.
— Gambar Bernama ALBUM: Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (tiga kiri) bergambar kenangan bersama para penerima anugerah pada malam Anugerah Kasih Tribute P. Ramlee baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia