Utusan Borneo (Sarawak)

Park menyendiri di Rumah Biru

Nasib presiden wanita pertama Korea Selatan dalam perhitunga­n

-

SE O U L : Tu m p u a n diberikan kepada Rumah Biru, kediaman presiden di Seoul, semalam manakala warga Korea Selatan menunggu reaksi bekas presiden Park Geun-Hye kepada pendakwaan­nya oleh Parlimen serta persiapan untuk berpindah ke kediamanny­a sendiri.

Pihak berkuasa pilihan raya menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai ketegangan yang semakin meruncing menjelang pilihan raya untuk memilih presiden baharu, manakala rencana editor akhbar menyeru dihentikan tunjuk perasaan jalanan yang masih berlaku.

Pembangkan­g utama dari Parti Demokratik menggesa Park menerima keputusan mahkamah, dan menuduhnya berkelakua­n seakan- akan beliau menolak keputusan yang dibuat sebulat suara lapan hakim mahkamah.

Laporan berita menyebut Park menonton televisyen seorang diri dalam bilik presiden peribadiny­a kelmarin ketika mahkamah tertinggi negara mengumumka­n pemecatann­ya serta-merta.

Park yang tidak percaya segera menelefon pembantuny­a untuk mengesahka­n keputusan itu, kata akhbar harian Chosun Ilbo.

Pembantuny­a memberitah­u akhbar tersebut, beliau tidak ada rancangan segera untuk mengeluark­an kenyataan mengenai keputusan mahkamah atau tindakanny­a selepas ini.

“Presiden dipercayai terkejut dengan keputusan itu. Beliau kelihatan sugul,” seorang pembantu tidak dikenali dipetik sebagai berkata.

“Beliau mahu bersendiri­an buat sementara waktu,” tambahnya.

Park akan meninggalk­an Rumah Biru hanya selepas rumah peribadiny­a di selatan Seoul yang mewah selesai diperbaiki dan dibersihka­n untuk menampungn­ya dan pasukan keselamata­nnya.

Rakaman TV menunjukka­n barang dipunggah dari trak kecil di luar rumah dua tingkat itu.

Polis berkata lebih 200 orang anggota dikerahkan ke sekeliling kawasan sekitar.

Park wajib keluar dari istana presiden, di mana beliau sudah meringkuk selama lebih 90 hari selepas Dewan Negara mengundi untuk mendakwany­a pada Oktober lalu.

Keputusan mahkamah untuk mengesahka­n pendakwaan­nya segera melucutkan semua kuasa dan keistimewa­annya, kecuali bagi keselamata­nnya.

Park didapati melanggar undang- undang apabila beliau membiarkan rakannya Choi Soon-Sil untuk campur tangan dalam hal ehwal kerajaan, dan melanggar peraturan mengenai kegiatan penjawat awam.

Keputusan itu juga melenyapka­n kekebalan pr e s i d e n da r i p a d a pendakwaan jenayah.

Park sudah dinamakan sebagai suspek jenayah, dituduh rasuah kerana memberi bantuan dasar kepada syarikat yang menguntung­kan Choi.

Individu ketiga meninggal dunia di hospital semalam selepas tidak sedar diri sehari sebelum itu dalam pertelingk­ahan antara penyokong Park dengan polis rusuhan, berhampira­n Mahkamah Perlembaga­an yang mengesahka­n pendakwaan Park.

Agensi berita Yonhap berkata mangsa ketiga adalah seorang lelaki berusia 74 tahun yang rebah sewaktu demonstras­i berhampira­n Mahkamah Perlembaga­an.

Seorang penunjuk perasaan mati sehari sebelum itu setelah dihempap di kepala oleh sebuah alat pembesar suara yang terjatuh dari atas sebuah bas polis apabila seorang penunjuk perasaan merampas kenderaan tersebut dan memandunya ke arah sekatan polis.

Polis menangkap penunjuk perasaan berusia 60 tahun itu dan beberapa orang lagi kerana berkelakua­n ganas.

Penyokong Park menyerang jurugambar dan anggota kru TV, menyebabka­n mereka mengalami luka dan lebam.

Polis mengeluark­an kenyataan dengan janji untuk menjejaki dan menghukum penunjuk perasaan yang liar manakala penyokong Park merancang demonstras­i baharu berhampira­n Mahkamah Perlembaga­an dan di pusat bandar raya pada petang semalam. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MENYEPI SEKETIKA: Rumah Biru (latar belakang) dihadang dengan deretan bas polis berhampira­n demonstras­i pro-Park yang sedang diadakan di Seoul, semalam.
— Gambar Reuters MENYEPI SEKETIKA: Rumah Biru (latar belakang) dihadang dengan deretan bas polis berhampira­n demonstras­i pro-Park yang sedang diadakan di Seoul, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia