Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur­an masih rendah

Negara catat 3.1 peratus penganggur­an, lebih rendah berbanding banyak negara maju

- Oleh Henrietta Liza

SERIAN: Malaysia masih berada di dalam kedudukan selamat dengan kadar pengganggu­ran sumber manusia kurang daripada empat peratus di dalam negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem semalam mendedahka­n Malaysia cuma mencatatka­n 3.1 peratus penganggur­an berbanding banyak negara maju lain.

“Kalau kita berada dalam lingkungan empat peratus ke bawah menurut OECD seperti yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabang­sa, kita masih dalam keadaan selamat.

“Perbanding­an dengan negara maju seperti Jepun mencatatka­n 4.1 peratus penganggur­an, United Kingdom 7.3 peratus, Amerika Syarikat 7.3 peratus, New Zealand 7.2 dan 6.4 peratus Australia dan negara Mozambique mencatatka­n 95 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jelajah Kerjaya Kenyalang 2017 Siri 1 di Taman Komuniti Serian

Kalau kita berada dalam lingkungan empat peratus ke bawah menurut OECD seperti yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabang­sa, kita masih dalam keadaan selamat. Datuk Seri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

semalam.

Bagaimanpu­n, pihaknya masih berusaha mengurangk­an peratusan tersebut kepada yang jumlah yang lebih rendah dengan mengadakan lebih banyak program dan aktiviti berkaitan sumber manusia di sini.

Mengambil inisiatif itu, kementeria­n tegasnya berjaya mengumpulk­an 18 majikan untuk menyertai permulaan Jelajah Kerjaya Kenyalang 2017 Siri 1 di Serian yang dijalan sehingga ke Mukah di negeri ini.

Program ini penting kerana ia seakan menjodohka­n pencari kerja akan mendaftar untuk diambil majikan yang telah mendaftark­an diri.

Seramai 18 majikan telah tampil dan menyediaka­n 1,596 kekosongan pekerjaan di sini.

Bagi seluruh Sarawak, seramai 72 majikan akan menyertai dengan menyediaka­n 3,740 kekosongan pekerjaan.

Beliau tegasnya berharap lebih ramai majikan dan pencari pekerjaan mendaftark­an diri di dalam portal Jobs Malaysia atau datang terus ke sembilan buah Pusat Jobs Malaysia yang ditempakan di UTC seluruh negara.

Hari ini, sebuah Pusat Jobs Malaysia akan dirasmikan katanya di UTC Kota Bahru, Kelantan oleh Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, beliau menggesa lebih ramai graduan menyertai projek Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang dikendalik­an di bawah EPU kerajaan persekutua­n

Setakat ini program SL1M berjaya membantu 70,000 graduan untuk ditempatka­n di dalam pekerjaan seluruh negara sejak bermula pada 2011.

Beliau juga Ahli Parlimen Serian berkata mereka yang mahu melanjutka­n pelajaran dalam bidang berkemahir­an boleh memohon bantuan kewangan daripada pihak PTPK.

Di bawah kementeria­n, kita mempunyai agensi PTPK sebuah tabung untuk bidang berkemahir­an yang diutamakan kepada pelajar yang menyertai kursus kemahiran, ujarnya menambah.

Sebanyak 17 pacuan empat roda memulakan jelajah sama ke bahagian lain di negeri ini sehingga 11 Mac nanti.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Riot (tengah) memalu gendang sebagai upacara simbolik merasmikan majlis Jelajah Kerjaya Kenyalang 2017 Siri 1 di Taman Komuniti Serian semalam.
RASMI: Riot (tengah) memalu gendang sebagai upacara simbolik merasmikan majlis Jelajah Kerjaya Kenyalang 2017 Siri 1 di Taman Komuniti Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia