Utusan Borneo (Sarawak)

Kata dua kepada wakil rakyat BN

Laksana tanggungja­wab dengan baik atau tidak dicalon lagi: Abg Johari

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg memberi kata dua kepada kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional ( BN) untuk terus menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik kepada rakyat di negeri ini.

Pengerusi BN Sarawak itu menegaskan sekiranya terdapat ADUN yang gagal menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik maka wakil rakyat tersebut berisiko untuk tidak dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

“Calon (BN) yang akan diletakkan berdasarka­n prestasi yang mereka tunjukkan kerana kita telah menyediaka­n peruntukan RM5 juta setahun menerusi Projek Transforma­si Luar Bandar ( RTP) kepada setiap ADUN bagi projek pembanguna­n untuk orang kampung.

“Jadi kalau anda melakukan tanggungja­wab dengan baik, rakyat akan sentiasa memer- lukan khidmat anda dan kalau anda tidak melakukan tanggungja­wab dengan baik maka anda tidak akan dipilih semula sebagai calon,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lan- jut mengenai perkara tersebut selepas menghadiri Dialog Transforma­si Nasional 2050 ( TN50) yang turut menampilka­n Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Arena Gemilang, DeTAR Putra Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam.

“Setakat ini semua ADUN kita melakukan kerja baik, semua mereka menunjukka­n prestasi baik, jika mereka semua terus melakukan kerja mereka dengan baik mereka berpotensi untuk dikekal sebagai calon,” tambah Abang Johari lagi.

Terdahulu, dalam sesi dia- log itu, beliau menjelaska­n peruntukan RM5 juta setahun kepada setiap ADUN di negeri ini menerusi dana projek RTP perlu digunakan sebaik-baiknya untuk membangunk­an masyarakat luar bandar.

Malah, beliau turut mengingatk­an agar setiap ADUN membuang tanggapan bahawa menjadi wakil rakyat akan membolehka­n mereka memperoleh­i keuntungan atau perniagaan.

“Kalau anda hendak memanfaatk­an jawatan sebagai wakil rakyat untuk memajukan perniagaan anda lebih baik anda berhenti menjadi wakil rakyat kerana kita mahu setiap wakil rakyat menjalanka­n tanggungja­wab untuk rakyat bukan untuk diri sendiri,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol menjelaska­n peruntukan RM5 juta setahun untuk setiap ADUN itu bukanlah berbentuk tunai.

“Peruntukan ini berbentuk cadangan projek RTP yang dicadangka­n oleh setiap ADUN untuk dilaksanak­an kawasan masing- masing,” ujarnya.

Jadi kalau anda melakukan tanggungja­wab dengan baik, rakyat akan sentiasa memerlukan khidmat anda dan kalau anda tidak melakukan tanggungja­wab dengan baik maka anda tidak akan pilih semula sebagai calon. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? JALANKAN TANGGUNGJA­WAB: Abang Johari ditemani Khairy mengingatk­an wakil rakyat Sarawak menjalanka­n amanah dengan baik pada sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 di Universiti Malaysia Sarawak semalam.
JALANKAN TANGGUNGJA­WAB: Abang Johari ditemani Khairy mengingatk­an wakil rakyat Sarawak menjalanka­n amanah dengan baik pada sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 di Universiti Malaysia Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia