Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan berhasrat tubuh PPWE, PAWE di setiap DUN

Setakat ini sebanyak 22 pusat ditubuh di seluruh negeri dengan jumlah keahlian seramai 35,000 orang

- Oleh Siti Aisyah Ramli

SERIAN: Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti berhasrat menubuhkan Pusat Perkhidmat­an Warga Emas (PPWE) dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) seluruh Sarawak mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada.

Menurut Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail, setakat ini sebanyak 22 PPWE dan PAWE telah ditubuhkan di seluruh negeri dengan jumlah keahlian seramai 35,000 orang.

Namun katanya, program seumpama itu akan diperluask­an dari semasa ke semasa ke semua kawasan DUN bergantung kepada permintaan daripada komuniti warga emas kawasan tersebut.

“Tujuan PPWE dan PAWE ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti warga emas kita dan masyarakat awam lain untuk terlibat secara langsung dalam program mahupun aktiviti memberi manfaat warga setempat.

“Program sedemikian juga bertujuan menggalakk­an generasi muda dan warga emas berinterak­si dengan meli-

Program sedemikian juga bertujuan menggalakk­an generasi muda dan warga emas berinterak­si dengan melibatkan diri dalam kerja kesukarela­an. Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti

batkan diri dalam kerja kesukarela­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Program Komuniti Prihatin Warga Emas Harmoni di Dewan Serbaguna, Kampung Hulu Serian di sini semalam.

Jelasnya, program berasaskan komuniti juga bertujuan memastikan golongan warga emas sentiasa relevan, dihormati malah dihargai masyar- akat terutama dalam kalangan generasi muda.

“Kerajaan berhasrat untuk membentuk masyarakat yang bersifat inklusif serta prihatin terhadap bukan sahaja golongan warga emas malah golon- gan kumpulan sasar lain.

“Kita harus menganggap golongan warga emas sebagai satu aset yang penting dalam masyarakat, yang boleh memberi sumbangan kepada negara dan bukannya beban masyar- akat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman juga memberitah­u, kerajaan menerusi kementeria­nnya turut menyediaka­n Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM300 sebulan bagi membantu memenuhi keperluan asas sekali gus menjamin kelangsung­an hidup golongan warga emas yang daif, uzur dan tiada sumber pendapatan tetap.

Skim bantuan tersebut, jelasnya, memberi manfaat kepada lebih dari 22, 528 penerima BOT di seluruh negeri dengan peruntukan sebanyak RM13.5 juta setakat Februari 2017.

“Pada masa sama, mereka juga layak menerima bantuan lain seperti bantuan alat sokongan dan Geran Pelancaran Perniagaan jika berminat dalam perniagaan kecil-kecilan.

“Ini jelas membuktika­n bahawa kerajaan amat prihatin dan peka dengan pemban- gunan dan keperluan warga emas kita, terutama sekali daripada aspek penyediaan sistem sokongan sosial berkualiti seperti perlindung­an, penjagaan, kesihatan dan kelangsung­an hidup yang mampu menjamin kesejahter­aan golongan ini,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman juga berkesempa­tan mengunjung­i tiga rumah warga emas yang terletak di Kampung Munggu Limo dan Kampung Hulu Serian dan menyampaik­an beberapa sumbangan barangan keperluan kepada mereka.

Program Komuniti Prihatin Warga Emas Harmoni itu turut menyaksika­n para peserta program mengadakan gotong royong di rumah warga emas di kawasan berdekatan.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak Abang Shamsudin Abang Seruji.

 ??  ?? BERAMAH MESRA: Dr Abdul Rahman (kiri) berjabat tangan dengan salah seorang warga emas yang dikunjungi­nya di Serian, semalam.
BERAMAH MESRA: Dr Abdul Rahman (kiri) berjabat tangan dengan salah seorang warga emas yang dikunjungi­nya di Serian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia