Utusan Borneo (Sarawak)

Soon Kai negarawan sejati, ikhlas dan berintegri­ti

Ahli politik di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya harus mencontohi semangat mendiang, kata Lau

-

KUCHING: Mendiang bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai seorang negarawan sejati yang ikhlas dan menegakkan integriti sepanjang karier politiknya.

Temenggung Datuk Vincent Lau yang memuji Soon Kai sebagai seorang pemimpin masyarakat Cina yang amat bagus berkata, ahli politik di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya harus mencontohi semangat mendiang.

“Tan Sri seorang pemimpin yang bagus di kalangan semua masyarakat Cina. Bukan sahaja beliau seorang doktor terkemuka tetapi juga seorang negarawan tulen yang banyak menyumbang kepada Sarawak dan Malaysia.

“Paling penting sekali beliau seorang insan berprinsip, ikhlas dan menegakkan integriti. Saya berharap untuk melihat lebih ramai pemimpin politik sepertinya di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormat­aan terakhir di kediaman

Paling penting sekali beliau seorang insan berprinsip, ikhlas dan menegakkan integriti. Saya berharap untuk melihat lebih ramai pemimpin politik sepertinya di Malaysia. Temenggung Datuk Vincent Lau

mendiang Soon Kai di sini, semalam.

Vincent percaya pembanguna­n negara boleh diperhebat­kan jika ada lebih ramai pemimpin politik seperti mendiang Soon Kai.

“Beliau benar- benar berkhidmat kepada rakyat. Beliau menghadapi cabaran dalam proses tersebut tetapi lebih penting lagi beliau telah memberikan usaha terbaik. Beliau mempunyai naluri hati mengenai apa yang beliau lakukan. Beliau adalah contoh yang wajar diteladani ahli politik Malaysia.

“Semoga roh beliau bersemadi dengan tenang. Beliau telah menjalani kehidupan yang bermakna,” tambah- nya.

Soon Kai meninggal dunia di kediamanny­a di sini sekitar jam 4 pagi Rabu lalu. Beliau merupakan warga Sarawak pertama yang lulus sebagai pakar bedah di Britain pada 1959.

Mendiang berusia 90 tahun pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) dari 1991 hingga 1996.

Acara penghormat­an akan diadakan di kediaman mendiang di Nombor 8, Lorong Tabuan 2, off Jalan Tabuan pada jam 7 malam ini (24 Mac).

Acara menutup keranda akan diadakan di kediaman- nya pada jam 8 pagi esok (25 Mac) diikuti sembahyang di Gereja Trinity Methodist Jalan Ellis jam 9 pagi. Mayat mendiang seterusnya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park untuk upacara pengebumia­n.

 ??  ?? ZIARAH: Vincent (tengah) bersama rombongan meluangkan masa menziarahi isteri mendiang Soon Kai, Datin Patinggi Datuk Seri Dr Jane Yong (tiga kiri) semalam.
ZIARAH: Vincent (tengah) bersama rombongan meluangkan masa menziarahi isteri mendiang Soon Kai, Datin Patinggi Datuk Seri Dr Jane Yong (tiga kiri) semalam.
 ??  ?? BAUCAR: Baucar tuala mandi percuma kepada pelanggan yang membelanja­kan RM150 dan ke atas di bahagian Deparmenta­l Store di Servay Kuching.
BAUCAR: Baucar tuala mandi percuma kepada pelanggan yang membelanja­kan RM150 dan ke atas di bahagian Deparmenta­l Store di Servay Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia