Utusan Borneo (Sarawak)

11 pegawai imigresen dibebas selepas perintah reman tamat

-

KUCHING: Sebelas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret apabila perintah tersebut berakhir semalam.

Tidak ada pendakwaan dilakukan apabila mereka dibawa ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Majistret Zubaidah Sharka- wi membenarka­n semua mereka dibebaskan dengan wang jaminan RM20,000 tanpa deposit dan seorang penjamin yang merupakan penjawat awam setiap seorang.

Mereka yang berusia antara 33 dan 55 tahun dikatakan menerima bayaran antara RM200 dan RM5,000 agar mengabaika­n tindakan undang- undang terhadap pekerja-pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau permit kerja sah.

Kesemua mereka ditangkap di beberapa lokasi yang berlainan termasuk Pejabat Imigresen Sarawak, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, Pejabat Imigresen Pending dan Pusat Tahanan Depot Semuja, Serian pada 15 Mac. KUCHING: Dipercayai tersilap orang, seorang lelaki dikhuatiri patah tulang lengan selepas diserang sekumpulan lelaki semasa berhenti membeli barang di sebuah kedai runcit 24 jam, di sini semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 21 tahun dan berasal dari Kampung Gersik itu terdahulun­ya melepak bersama rakannya di sebuah kedai makan di pusat bandar raya sehingga jam 3 pagi.

“Mangsa yang dalam perjalanan pulang kemudian singgah di kedai runcit tersebut di Padungan, untuk membeli barang apabila tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki tidak dikenali lalu terus membelasah­nya.

“Mangsa semasa kejadian cuba mempertaha­nkan dirinya sebelum kumpulan suspek yang bersenjata­kan kayu besbol serta objek tajam kemudian terus meninggalk­annya di tempat kejadian tanpa berkata apa-apa,” kata sumber.

Mangsa yang mengesyaki kumpulan terbabit telah ‘ tersilap orang’ kemudian meminta bantuan dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan.

 ??  ?? CEDERA: Mangsa dikejarkan ke HUS menggunaka­n ambulans.
CEDERA: Mangsa dikejarkan ke HUS menggunaka­n ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia