Utusan Borneo (Sarawak)

Penumpang Timur Tengah kesali larangan barangan elektronik dalam pesawat

-

DUBAI: Penumpang di seluruh Timur Tengah menyuaraka­n kekecewaan kelmarin dengan larangan ke atas alat elektronik besar bagi penerbanga­n ke Amerika Syarikat ( AS) dan Britain yang telah mencetuska­n kekeliruan dan spekulasi.

Bermula Sabtu ini, penumpang penerbanga­n ke AS dan Britain dari hab utama di Turki dan dunia Arab perlu mendaftar masuk sebarang alat yang lebih besar daripada telefon pintar, termasuk komputer riba dan tablet.

AS dan Britain menyebut tentang maklumat perisikan yang menyebut jet penumpang boleh disasari menerusi bahan letupan yang dipasang dalam alat elektronik.

Terjejas disebabkan oleh larangan itu adalah ribuan penumpang yang semakin marah dengan apa yang mereka lihat sebagai satu langkah yang tidak masuk akal.

“Ada perkara lain yang saya harus tahu sebelum saya terbang balik? Seluar pendek biru tua tidak dibenarkan? Haruskah saya bercukur?” tanya seorang ekspatriat Amerika yang tinggal di Abu Dhabi dengan penerbanga­n langsung ke AS pada minggu depan.

Menjelang tarikh penguatkua­saan pada 25 Mac, penumpang semakin was-was mengenai sekatan ke atas kehidupan dan perjalanan dari Timur Tengah.

“Mereka mengambil komputer riba saya dan kamera saya,” kata Mustafa, yang tidak memberi nama keduanya, ketika dia menaiki pesawat keluar dari Dubai ke AS.

Larangan AS menjejaska­n sembilan syarikat penerbanga­n dari lapan buah negara: Turki, Maghribi, Jordan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Arab Saudi dan Kuwait.

Sementara itu larangan Britain menyasari penerbanga­n keluar dari Mesir, Turki, Jordan, Arab Saudi, Tunisia dan Lubnan.

Kanada dan Perancis juga sudah menyatakan mereka sedang menimbang peraturan yang sama. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERJAYA: Gambar serahan Hankook Ilbo semalam menunjukka­n feri Sewol di tengah-tengah dua baj selepas operasi berjaya mengangkat­nya ke permukaan air di kawasan perairan di barat daya pulau Jindo, Korea Selatan.
— Gambar AFP BERJAYA: Gambar serahan Hankook Ilbo semalam menunjukka­n feri Sewol di tengah-tengah dua baj selepas operasi berjaya mengangkat­nya ke permukaan air di kawasan perairan di barat daya pulau Jindo, Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia