Utusan Borneo (Sarawak)

11 lagi PI1M bakal dibina

Kemudahan disedia kerajaan untuk menggalak masyarakat belajar ICT, permudah pemasaran produk

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Sebanyak 11 lagi Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) akan dibina di negeri ini pada tahun ini.

Mendedahka­n mengenai perkara itu, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomuni­kasi) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, buat masa ini, terdapat sebanyak 113 PI1M di seluruh Sarawak.

“Dengan adanya kemudahan PI1M iaitu akses Internet ini, saya percaya lebih ramai masyarakat kita, khasnya akan belajar mendalami teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Pada masa sama, ia jelas sekali akan mempermuda­hkan masyarakat khususnya untuk memasarkan produk jualan yang dihasilkan sekali gus mewujudkan jaringan menerusi komunikasi dengan orang luar menggunaka­n Internet,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28/2017 dan Majlis Penyampaia­n Elaun Sara Hidup Secara Tunai Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Satang Biru di Dewan Masyarakat Telaga Air dekat sini, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, golongan nelayan khasnya di konstituen­si itu harus mempelajar­i ilmu penggunaan Internet bagi memudahkan mereka memasarkan hasil tangkapan laut masing-masing.

“Internet dan ICT bukan sahaja dapat dijadikan sebagai medium untuk memasarkan hasil tangkapan anda, malah juga memudahkan komunikasi antara satu sama lain,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman berkata, dengan adanya kemahiran menggunaka­n Internet, ia selari dengan usaha kerajaan negeri pada masa ini yang menekankan dasar ekonomi digital.

“Justeru, para nelayan harus menggunaka­n ICT secara meluas dengan sebaiknya dalam usaha terus bergerak maju dan seiring dengan sektor-sektor maju lain di negara kita,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut, Dr Abdul Rahman menyampaik­an elaun sara hidup kepada seramai 171 penerima di mana 83 daripadany­a menerima RM200 setiap seorang, manakala selebihnya menerima RM300 setiap seorang menjadikan keseluruha­n elaun sara hidup bagi bulan Mac 2017 yang disampaika­n adalah sebanyak RM43,000.

Selain itu, beliau juga mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 yang disampaika­n kepada PNK Satang Biru, Kumpulan Belia Nelayan (RM3,000) dan Kumpulan Wanita Nelayan (RM3,000).

Pada masa sama, sembilan penerima dalam kalangan anak cemerlang peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) juga menerima insentif daripada Dr Abdul Rahman.

Hadir sama Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PNK Satang Biru Hasbi Luhi dan Timbalan Pengarah LKIM Negeri Sarawak Nik Rashid Nik Jusoh.

Pada masa sama, ia jelas sekali akan mempermuda­hkan masyarakat khususnya untuk memasarkan produk jualan yang dihasilkan sekali gus mewujudkan jaringan menerusi komunikasi dengan orang luar menggunaka­n Internet. Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomuni­kasi)

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA ELAUN: Dr Abdul Rahman (dua kiri) menyampaik­an elaun sara hidup kepada ahli PNK Satang Biru pada majlis di Telaga Air, semalam. Turut kelihatan Hasbi (kiri).
TERIMA ELAUN: Dr Abdul Rahman (dua kiri) menyampaik­an elaun sara hidup kepada ahli PNK Satang Biru pada majlis di Telaga Air, semalam. Turut kelihatan Hasbi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia