Utusan Borneo (Sarawak)

DITIKAM ENGGAN SEKS

Wanita ditemui mati dipercayai ditikam teman lelaki syak mangsa curang selepas tolak melakukan seks.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai ditikam teman lelakinya yang dikatakan berang gara-gara mangsa menolak ajakan melakukan hubungan seks.

Dalam insiden di sebuah bangunan kedai di Batu 4 Jalan Penrissen di sini awal pagi semalam, suspek, 25, bermalam di bilik sewa teman wanitanya itu apabila berlaku pergaduhan di antara mereka selepas mangsa dikatakan enggan melakukan hubungan seks dengannya sekitar jam 3.45 pagi.

Menurut sumber, keengganan mangsa, 25, yang bekerja sebagai pembantu kedai menyebabka­n suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Siasatan awal mendapati suspek cuba mengajak mangsa melakukan hubungan seks tetapi mangsa enggan menyebabka­n suspek yang mengesyaki teman wanitanya itu menjalin hubungan dengan lelaki lain terus bertindak menikamnya di leher.

“Suspek kemudian menikam dirinya di badan, leher dan pergelanga­n tangan sebelum berlari mendapatka­n bantuan di sebuah kedai runcit berdekatan,” kata sumber.

Pekerja di kedai tersebut yang terkejut melihat keadaan suspek yang berlumuran darah segera menghubung­i pihak polis yang kemudian mengejarka­n suspek ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

“Dia (suspek) ketika itu sangat lemah dan memberitah­u dia telah diserang sambil memberikan telefon bimbitnya dan meminta kami menghubung­i ambulans,” kata seorang pekerja di kedai tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mal.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar yang mengesahka­n kejadian tersebut memberitah­u, suspek semasa ditemui di HUS mengaku menikam teman wanitanya kerana mengesyaki­nya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Suspek semasa di hospital memberitah­u bahawa dia telah menikam teman wanitanya menyebabka­n anggota polis terus ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah.

“Mangsa bagaimanap­un disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik dan turut ditemui pisau dipercayai senjata yang digunakan semasa kejadian berdekatan mayat mangsa,” katanya.

Menurut Dev juga, suspek yang bekerja di kedai aksesori kereta kini masih menerima rawatan di HUS ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati suspek mengaku menikam mangsa menggunaka­n pisau yang diperolehi­nya dari bilik tersebut sebelum dia cuba untuk membunuh diri dengan menikam dirinya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, di mana ini merupakan kes bunuh yang keenam pada tahun ini dan kesemuanya berjaya diselesaik­an,” kata Dev.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HUS untuk bedah siasat yang dijadual akan diadakan pada jam 10 pagi ini.

 ??  ?? TRAGIS: Anggota polis mengusung mayat mangsa dari tempat kejadian untuk dihantar ke Unit Forensik HUS.
TRAGIS: Anggota polis mengusung mayat mangsa dari tempat kejadian untuk dihantar ke Unit Forensik HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia