Utusan Borneo (Sarawak)

PEMANGKIN INDUSTRI SAWIT

Kemudahan penyimpana­n Minyak Sawit Mentah Pukal (POBF) dirasmi di Bandar Baru Tanjung Manis.

- Oleh Borhaniza Ali Basah

TANJUNG MANIS: Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa penduduk tempatan di wilayah tengah terutama Tanjung Manis supaya mengambil peluang memajukan diri dalam keusahawan­an menerusi Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Tanjung Manis.

Katanya, POIC Tanjung Manis dibangun sejak 2009 dengan kos RM135.7 juta harus menjadi pemangkin kepada orang ramai melibatkan diri dalam aktiviti keusahawan­an.

“Ladang kelapa sawit mempunyai pelan strategik dalam membasmi kemiskinan dan menyumbang ke arah transforma­si luar bandar.

“Kerana itu, saya mahu melihat lebih banyak industri hiliran dilaksana di sini seperti perusahaan marjerin atau sabun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pem-

Ladang kelapa sawit mempunyai pelan strategik dalam membasmi kemiskinan dan menyumbang ke arah transforma­si luar bandar. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua

bukaan rasmi Kemudahan Penyimpana­n Minyak Sawit Mentah Pukal (POBF), Tanjung Manis Bulkers Sdn Bhd di Bandar Baru Tanjung Manis di sini, semalam.

POBF adalah industri berasaskan kelapa sawit pertama di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Tanjung Manis.

Kemudahan dengan kos RM70 juta itu telah dimulakan oleh Tanjung Manis Bulkers Sdn Bhd, usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Capital Group dan KTS Group, di mana PUSAKA Capital Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada PUSAKA.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an Perdaganga­n dan Pelaburan berkata, pembanguna­n POIC Tanjung Manis adalah sangat strategik kerana kedudukann­ya terletak di tengah Bahagian Mukah dan Wilayah Tengah Sarawak.

“Ianya dikeliling­i oleh tadahan ladang kelapa sawit dengan jumlah keluasan tidak kurang dari 400,000 hektar.

“Kerajaan negeri telah meluluskan dua juta hektar tanah yang terdiri daripada tanah kerajaan dan Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk pembanguna­n ladang kelapa sawit,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 1.5 juta hektar tanah telah ditanam dengan kelapa sawit dan kawasan besar di negara jiran iaitu Indonesia juga sedang dibangunka­n untuk ladang kelapa sawit.

“Ini memberikan peluang yang besar untuk POIC Tanjung Manis untuk berkembang dan untuk menyokong usaha perniagaan mereka,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa POIC bukan hanya bertujuan untuk pasaran tempatan, tetapi untuk mengekspor­t produk ke negara-negara luar di seluruh dunia.

“Saya benar-benar menggesa supaya ramai penduduk di Tanjung Manis untuk merebut peluang ini.

“Kita tidak mahu rakyat di sini hanya bekerja sebagai pekerja, tidak diragui lagi bahawa peluang pekerjaan pasti banyak tidak lama lagi, tetapi ini bukan matlamat utama kita, matlamat kita untuk membawa rakyat melibatkan diri dalam perniagaan walaupun perniagaan kecilkecil­an,” tambahnya.

Hadir sama menyaksika­n upacara itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KTS Dato Henry Lau Lee Kong, Pengurus Besar PUSAKA Datu Sarudu Hoklai dan Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Awang Tengah (lima kanan) menandatan­gani plak pembukaan rasmi Kemudahan Penyimpana­n Minyak Sawit Mentah Pukal, Tanjung Manis Bulkers Sdn Bhd di Bandar Baru Tanjung Manis, semalam. Turut kelihatan (dari tiga kiri) Lau, Sarudu, Julaihi serta yang...
RASMI: Awang Tengah (lima kanan) menandatan­gani plak pembukaan rasmi Kemudahan Penyimpana­n Minyak Sawit Mentah Pukal, Tanjung Manis Bulkers Sdn Bhd di Bandar Baru Tanjung Manis, semalam. Turut kelihatan (dari tiga kiri) Lau, Sarudu, Julaihi serta yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia