Utusan Borneo (Sarawak)

‘Little Princess Aaisyah’ singkap kehidupan puteri C T & Z

-

KELAHIRAN

Aaisyah Dhia Rana, puteri tunggal pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin kian mencuri perhatian peminat-peminat hiburan tanah air dek kerana kecomelan wajah kacukannya yang persis anak patung.

Kini, kisah kehidupan dan saat-saat menarik anak kecil ini akan dapat kita saksikan menerusi sebuah program realiti berkonsepk­an hiburan ala pendidikan berjudul ‘Little Princess Aaisyah’.

Bakal bersiaran sebanyak lapan episod, program ini akan muncul di kaca televisyen penonton pada setiap Rabu mulai 12 April 2017, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) menerusi slot eBu. Siaran ini juga boleh dinikmati melalui platform Astro on the Go (AOTG) dan Astro On Demand.

Program Little Princess Aaisyah akan memaparkan secara eksklusif gelagat comel Aaisyah dalam melakukan pelbagai aktiviti menarik dan mencuba sesuatu yang baru buat pertama kalinya.

Selain itu, penonton juga akan dapat melihat dengan lebih dekat kehidupan seharian si cilik ini bersama keluargany­a di sebalik limpahan cahaya glamor.

Penolong Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Mohd Irwan Abdul Rauf berkata, “Kekuatan ‘Little Princess Aaisyah’ terletak pada pengemudi program ini sendiri iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah merupakan seorang kanak-kanak cilik yang mempunyai personalit­i yang agak unik berbanding kanak-kanak seusianya.

“Barang kali dek kerana membesar dalam suasana dunia glamor sejak dilahirkan, imej yang dilihat seakanakan seorang puteri yang dibawakan oleh anak comel ini, ditambah pula dengan sifatnya yang gemar bergaya menjadikan beliau seorang fesyenista kecil.

“Meskipun program ini memfokuska­n pada saat-saat yang dilalui setiap hari dan perkembang­an Aaisyah, kami turut menyelitka­n tip dan informasi mengenai keibubapaa­n selari dengan matlamat program di slot eBU. Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, semua program di slot eBU merupakan alternatif buat para ibu bapa untuk mendalami ilmu keibubapaa­n secara bersahaja termasukla­h menerusi program Little Princess Aaisyah ini.”

Menariknya, ‘Little Princess Aaisyah’ membawa kandungan eksklusif buat penonton yang mana setiap episod memaparkan aktiviti yang belum pernah dilakukan oleh Aaisyah sebelum ini.

Antaranya, kunjungan Aaisyah dan keluargany­a ke zoo dan taman tema.

Penonton juga akan dapat menyaksika­n bagaimana penerimaan Aaisyah terhadap perubahan apabila terpaksa tidur di bilik sendiri buat pertama kalinya sejak dilahirkan.

Mohd Irwan Abdul Rauf menambah, “Aaisyah berada pada peringkat usia yang mana perasaan ingin tahunya tinggi dan aktif meneroka apa sahaja yang berada dalam lingkungan­nya. Aaisyah cenderung untuk memerhatik­an apa yang berlaku di sekeliling­nya, merasai pengalaman dan mempelajar­inya.

“Sebagai contoh, Aaisyah suka memerhatik­an tingkah laku ibu bapanya dan akan cuba menirunya. Kami amat teliti dengan setiap aktiviti yang diaturkan buat Aaisyah supaya apa yang dia lakukan dapat memberikan impak positif kepada proses pembesaran­nya dan pada masa yang sama menggalakk­an perkembang­an minda aktif si manja,” tambahnya.

Menurut Mohd Irwan Abdul Rauf lagi, meskipun catatan kehidupan Aaisyah sering kali direkodkan dalam bentuk gambar dan video di laman Instagram milik ibunya, masih terdapat warna-warna kehidupan kanak-kanak ini yang masih lagi tidak diketahui umum.

Oleh itu, program ini akan menyingkap kisah Aaisyah yang jarang sekali dipertonto­nkan kepada orang ramai.

Selain dipengaruh­i populariti kedua ibu bapanya, ‘Little Princess Aaisyah’ akan turut menyaksika­n penampilan istimewa barisan selebriti popular tanah air seperti Neelofa, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Marsha Milan yang turut bersama-sama menjayakan aktiviti harian Aaisyah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AKAN DATANG: Penolong Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Mohd Irwan Abdul Rauf bersama Aaisyah dan Rozita Che Wan.
AKAN DATANG: Penolong Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Mohd Irwan Abdul Rauf bersama Aaisyah dan Rozita Che Wan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia