Utusan Borneo (Sarawak)

AIRFORCE FLYSTICK TONJOL KEUNGGULAN

Ditabal juara kategori lelaki Pesta Hoki Petra Jaya 2.0 2017, X-P One menang kategori wanita

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pesta Hoki Petra Jaya 2.0 2017 yang melabuhkan tirainya minggu lepas memperliha­tkan penguasaan Airforce Flystick apabila ditabal selaku juara kategori Terbuka Lelaki.

Pasukan itu bagaimanap­un menerima tentangan sengit daripada jaguh dari Miri, Warrior HC sebelum menang tipis 1-0 pada aksi yang berlangsun­g di Stadium Hoki Sarawak, Petra Jaya.

UNIMAS HC berpuas hati di kedudukan ketiga.

Kategori Terbuka Wanita yang disertai empat pasukan berkesudah­an dengan X-P One merangkul kejuaraan selepas menjinakka­n Reunite HC.

Dalam aksi Lelaki Bawah 17 Tahun, Falcon HC yang mewakili Sekolah Sains Kuching Utara muncul johan.

Tempat kedua disandang SMK St Thomas, Kuching dan SMK St Colombo, Miri di tempat ketiga.

Kehampaan pasukan lelaki meraih kejuaraan ditebus pasukan wanita St Colombo, Miri dengan menjuarai kategori Perempuan Bawah 17 Tahun.

Pencabar juara, SMK Penrissen B pula berpuas hati di tempat kedua manakala SMK Sri Matang di tempat ketiga.

Sementara itu, Kuching Hockey Club Mixed merangkul kejuaraan dalam kategori Veteran.

Sarawak Energy Mixed dan Gertaq HC masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Kategori terakhir, Bawah 12 tahun Lelaki pula dimenangi SK Telaga Air A dan SK Merpati Jepang A di tempat kedua.

Edisi kedua Pesta Hoki Petra Jaya diadakan dari 1819 Mac dan dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pemain Hoki Sarawak ( PBPHS) dengan kerjasama Kelab Hoki Bekas Pemain Kuching, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dan SK Mejer Jeneral Dato Ibrahim.

Ia melibatkan seramai lebih 700 pemain dan pegawai mewakili 47 pasukan dan sekolah.

Hadiah disampaika­n oleh Timbalan Presiden dan Setiausaha PBPHS, Rudi Naziri dan Desmond Labung.

Sementara itu, Presiden PBPHS Haidel Heli mer- akamkan terima kasih terhadap Menteri Kerja Raya Datuk, Seri Fadillah Yusof kerana menyokong usaha persatuan itu dalam mempromosi­kan sukan hoki di Sarawak.

Beliau juga berterima kasih kepada MSNS dan PSS kerana membantu memastikan pertanding­an kali ini berjaya dianjurkan.

“Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSS, Dr Ong Kong Swee kerana membenarka­n penggunaan lampu limpah semasa pertanding­an.

“Tidak lupa kepada penaja lain seperti Uhsports dan Sarawak Energy atas sumbangan menjayakan pesta kali ini,” katanya.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSS, Dr Ong Kong Swee kerana membenarka­n penggunaan lampu limpah semasa pertanding­an. Haidel Heli Presiden PBPHS

 ??  ??
 ??  ?? GEMBIRA: Pemain dan pegawai Airforce Flystick bergambar bersama penganjur selepas majlis penyampaia­n hadiah.
GEMBIRA: Pemain dan pegawai Airforce Flystick bergambar bersama penganjur selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia