Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Birumuh pada 1 April ini

Perarakan kebudayaan antara pelbagai acara diatur sempena pesta 1 April di Kompleks Sukan Serian

- Oleh Jessica Jawing

SERIAN: Pesta Birumuh 2017 atau pesta menuai padi anjuran Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) yang diadakan pada 1 April ini dijangka disertai lebih kurang 8,000 orang awam.

Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, ia merupakan kali keempat sambutan diadakan sejak tahun 2009 dan pada kali ini diadakan di Kompleks Sukan Serian.

“Bagaimanap­un, Pesta Birumuh tidak hanya tertumpu kepada kaum Bidayuh meskipun DBNA yang anjurkan kerana kita menggalakk­an rakan dari kaum lain seperti Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Cina dan sebagainya datang bersama.

“Pada pesta kali ini, kita menganggar­kan 8,000 orang awam yang datang dan se-

Pada pesta kali ini, kita menganggar­kan 8,000 orang awam yang datang dan seramai 1,500 orang akan menyertai perarakan kebudayaan sempena pesta nanti.

ramai 1,500 orang akan menyertai perarakan kebudayaan sempena pesta nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa penganjur Pesta Birumuh 2017 di Pejabat Daerah Serian di sini, semalam.

Tambah Manyin, bagi perarakan kebudayaan semua kontinjen akan memakai pakaian tradisiona­l mengikut kaum masing- masing dan memadangka­n ia menerima penyertaan yang ramai, acara dijangka mengambil masa sejam.

Katanya, acara akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg juga akan turut merasmikan pecah tanah kompleks pentadbira­n Bahagian Serian, pusat persidanga­n Serian dan Bandar Baharu Serian.

“Ini kali keempat Pesta Birumuh dianjurkan di mana pada tahun 2009 ia disempurna­kan Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri ketika itu), sementara pada tahun 2011 ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada 2015 pula bekas Ketua Menteri, Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah menyempurn­akan Pesta Birumuh dan kali ini Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari.

“Ia merupakan lawatan pertama beliau ke Serian se- lepas dilantik sebagai Ketua Menteri,” kata Manyin.

Sementara itu, Residen juga pengerusi pengelola jawatankua­sa, Johnathan Lugoh pada sidang media sama berkata, jawatankua­sa telah bersiap sedia sepenuhnya bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

Katanya, ia merupakan mesyuarat keempat diadakan jawatankua­sa dan yang terakhir sebelum acara diadakan pada 1 April ini.

“Pada 31 Mac kita akan mengadakan raptai penuh termasuk protokol untuk memastikan ia dijalankan dengan lancar.

“Selain program Pesta Birumuh, acara pecah tanah kompleks pentabdira­n bahagian Serian, pusat persidanga­n Serian dan Bandar Baharu Serian yang disempurna­kan Ketua Menteri dijangka diadakan selama sejam sebelum ke majlis Pesta Birumuh,” katanya.

Majlis dihadiri Presiden DBNA juga pengerusi jawatankua­sa pengelola Datu Ik Pahon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Martin Ben dan ADUN Opar Datuk Ranum Mina.

Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Belia, Sukan dan Soladiriti

 ??  ??
 ??  ?? JOM MERIAHKAN: Manyin (empat kiri) bersama Ik Pahon (tiga kiri) menunjukka­n poster Pesta Birumuh 2017 yang diadakan pada 1 April di Kompleks Sukan Serian. Turut kelihatan Martin (dua kanan), Ranum (dua kiri), Johnathan (kanan) serta yang lain.
JOM MERIAHKAN: Manyin (empat kiri) bersama Ik Pahon (tiga kiri) menunjukka­n poster Pesta Birumuh 2017 yang diadakan pada 1 April di Kompleks Sukan Serian. Turut kelihatan Martin (dua kanan), Ranum (dua kiri), Johnathan (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia