Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beranak suspek bunuh direman bantu siasatan

-

MIRI: Dua beranak ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Kampung Pasir, Lutong, Ahad lalu diperintah Mahkamah Majistret supaya direman lanjut lima hari untuk membantu siasatan polis.

Perintah itu dikeluarka­n Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim setelah membenarka­n permohonan reman lanjut yang dikemukaka­n pegawai penyiasat ASP Zainan Azili Abdul Latiff.

Terdahulu katanya, kedua-dua suspek merupakan anak beranak direman selama empat hari sejak 20 Mac lalu untuk membantu siasatan polis berhubung kes dengan sengaja mendatangk­an kecederaan parah ke atas seorang lelaki berusia 51 tahun dan tempoh reman tersebut tamat pada pagi ini.

Bagaimanap­un katanya, pada jam 2.41 petang, 20 Mac lalu, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Miri.

Justeru kata beliau, siasatan kes kini ditukar dari Seksyen 326 Kanun Keseksaan ke Seksyen 302 kanun sama kerana kesalahan membunuh.

Sehubungan itu, beliau memohon agar kedua-dua suspek yang berusia 55 dan 27 tahun direman lanjut selama tujuh hari lagi mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman lima hari ke atas kedua-dua suspek yang akan berakhir pada 29 Mac ini.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu, Zainan memberitah­u pada petang 19 Mac lalu, seorang perempuan berusia 24 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 4.30 petang hari sama, beliau ada menerima panggilan telefon daripada seorang sepupu memberitah­u bahawa ayahnya telah tidak sedarkan diri di rumah sepupunya itu.

Sebelum pengsan, ayah pengadu ada memberitah­u sepupunya itu bahawa dia dipukul menggunaka­n sebatang besi oleh seorang lelaki dikenali sebagai “James”.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk mendapatka­n rawatan segera dan doktor mengesahka­n mangsa yang dikenali sebagai Jaya Nyandang, 51, mengalami keretakan di bahagian kiri tengkorak serta pendarahan dalam otak.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10.45 malam hari sama (19 Mac), polis telah menangkap kedua-dua suspek di rumah mereka di Kampung Pasir, Lutong di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sebatang kayu golf yang telah patah dua untuk dijadikan barang kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia