Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kehilangan seorang anak yang hebat

Mendiang Soon Kai bawa kestabilan dan perpaduan terutama dalam kalangan rakyat Sarawak: Abg Johari

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai, semalam.

Ketibaan Abang Johari dan Juma’ani disambut hiba oleh isteri mendiang, Datin Patinggi Dato Sri Dr Jane Yong serta ahli keluarga yang lain di kediaman mendiang yang terletak di Jalan Tabuan di sini.

Abang Johari yang ditemui selesai penghormat­an terakhir berkata, mendiang yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri telah banyak menyumbang kepada Sarawak sejak menyertai kabinet pada 1974.

Malah, menurut Abang Johari, mendiang merupakan salah seorang daripada pemimpin awal yang menyumbang kepada penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan pembentuka­n kerajaan negeri.

“Mendiang telah membawa kestabilan dan perpaduan terutama dalam kalangan rakyat Sarawak dan turut menyumbang sebagai Ahli Parlimen di mana perpaduan adalah sangat penting bagi beliau ketika itu.

“Dan, apabila beliau menyertai pentadbira­n negeri di bawah Tun Abdul Rahman Yakub dan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, mendiang telah memainkan peranan untuk mewakili komuniti Cina dan menjadi sebahagian daripada pembanguna­n negara.

“Jadi dengan pengalaman luas mendiang, Sarawak kehilangan seorang anak yang hebat dan generasi muda hari ini harus mencontohi apa yang mendiang telah lakukan terutama kepada komuniti Cina,” kata Abang Johari.

Terdahulu sebelum kedatangan Abang Johari, keluarga mendiang turut menerima kunjungan daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang memberikan penghormat­an terakhir.

Tun Taib menyifatka­n mendiang sebagai seorang pemimpin yang sangat rajin bekerja dan merupakan seorang timbalan yang amat dipercayai oleh beliau ketika dalam kabinet negeri.

“Mendiang merupakan pembantu yang sangat rapat dengan saya ketika kami bersama-sama dalam kabinet dan

Jadi dengan pengalaman luas mendiang, Sarawak kehilangan seorang anak yang hebat dan generasi muda hari ini harus mencontohi apa yang mendiang telah lakukan terutama kepada komuniti Cina. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

kerjasama ini dapat dilihat sehingga hari ini dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Saya telah mengenali beliau hampir 40 tahun yang lalu di mana beliau ketika itu merupakan seorang doktor yang popular di Sibu dan saya amat bertuah memiliki mendiang dalam kabinet sebagai orang nombor dua saya,” katanya yang turut merasai kehilangan mendiang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Masing turut berada di kediaman mendiang bagi memberi penghormat­an terakhir semalam bersama barisan menteri dan menteri muda yang lain.

 ??  ?? PENGHORMAT­AN: Abang Johari (kiri), Uggah dan Masing memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Soon Kai di kediaman mendiang di Jalan Tabuan, Kuching semalam.
PENGHORMAT­AN: Abang Johari (kiri), Uggah dan Masing memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Soon Kai di kediaman mendiang di Jalan Tabuan, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia