Utusan Borneo (Sarawak)

RUU355: Chong dakwa pendirian kerajaan negeri sudah berubah

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak menyuaraka­n kebimbanga­n dengan pendirian terkini kerajaan negeri berhubung usul Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355 atau RUU355.

Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, kerajaan negeri di bawah kepimpinan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebelum ini bertegas bahawa semua Ahli Parlimen membantah RUU355.

Tetapi terkini, Chong mendakwa pendirian itu berubah apabila kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mencadangk­an supaya kandungan RUU355 ini dikaji secara terperinci.

“Jika dilihat keseluruha­n kemajuan dalam perkara ini, ia jelas menunjukka­n bahawa has- rat UMNO sentiasa tercapai dan parti-parti lain tidak dapat bersuara.

“Jika RUU355 ini diluluskan, ia akan mewujudkan satu sistem jenayah di mana satu kesalahan akan menerima dua hukuman berbeza.

“Terdapat ratusan ribu rakyat Sarawak di Semenanjun­g Malaysia, mereka juga akan tertakluk kepada undang- undang yang sama ini jika ia diluluskan,” kata Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa ini, selepas RUU355 ini diluluskan, seperti rang undang- undang lain ia hanya memerlukan tandatanga­n seorang menteri sebelum diperluask­an ke Sarawak.

“Perubahan pendirian kerajaan negeri ini jelas menunjukka­n bahawa Abang Johari tidak berupaya dan tidak mempunyai keberanian untuk berdiri menentang polisi UMNO.

“Dengan mendakwa bahawa RUU355 tidak akan menjelaska­n Malaysia Timur hanya alasan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang dipaksa menyokong rang undang-undang ini,” ujarnya.

“Saya nampak Tan Sri (Datuk Amar) James Masing dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas termasuk Dato Sri Stephen Rundi di Parlimen minggu ini dan saya mengharapk­an Masing akan meyakinkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurk­an rang undang-undang ini.

“Tetapi sebaliknya, Najib yang meyakinkan mereka untuk menerima RUU355,” kata Chong lagi pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Sehubungan itu, Chong menggesa seluruh rakyat Sarawak untuk bersatu pada Pilihan Raya Umum ( PRU) ini kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk menghentik­an polisi UMNO daripada menghakis hak- hak rakyat Sarawak.

 ??  ?? BIMBANG: Chong (kiri) menunjukka­n laporan terbaharu dalam akhbar berbahasa Cina berhubung pendirian kerajaan negeri mengenai RUU355. Turut kelihatan ADUN Pending, Violet Yong.
BIMBANG: Chong (kiri) menunjukka­n laporan terbaharu dalam akhbar berbahasa Cina berhubung pendirian kerajaan negeri mengenai RUU355. Turut kelihatan ADUN Pending, Violet Yong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia