Utusan Borneo (Sarawak)

Serian bakal berubah wajah selepas projek Bandar Baharu Serian siap

-

SERIAN: Serian berubah wajah menjadi bandar yang lebih besar selepas projek pembanguna­n Bandar Baharu Serian siap dibina dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan menyempurn­akan majlis pecah tanah projek pada 1 April depan sempena Pesta Birumuh 2017.

“Bandar Baharu Serian ini berkeluasa­n 168 ekar keseluruha­n termasuk Kompleks Pentadbira­n Bahagian Serian serta Pusat Persidanga­n Serian yang mana majlis pecah tanah akan diadakan pada masa yang sama nanti.

“Sebidang tanah ini akan dibangunka­n Borneo Developmen­t Corporatio­n (BDC) di mana syarikat sudah menyediaka­n tanah keluasan 33 ekar bagi pembinaan kompleks dan pusat persidanga­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa penganjur Pesta Birumuh 2017 di Pejabat Daerah Serian di sini, semalam.

Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata, selebihnya tanah berkenaan akan dibangunka­n 240 unit rumah kedai dan 500 unit rumah kediaman.

“Dengan siapnya projek dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, Serian pasti akan menjadi sebuah bandar lebih besar.

“Ini kerana buat masa ini, Serian hanya mempunyai kira-kira 200 rumah kedai dan pertambaha­n 240 unit rumah kedai serta 500 unit rumah, Serian mempunyai Bandar Baharu,” ujarnya.

Selain itu, kata Manyin, dengan kedudukan Serian yang akan menjadi laluan kepada projek Lebuh Raya Pan Borneo, sebuah jejambat juga bakal dibina iaitu di bulatan kecil Serian.

“Serian akan bertukar wajah dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang dan ini adalah jangkaan dan kemahuan rakyat di Serian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia