Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha sama pindah teknologi bina perumahan

HDC dan CBM meterai perjanjian untuk membina kilang pembuatan panel modular di Muara Tebas

-

FOSHAN, Guangzhou: Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) menerusi anak syarikatny­a, Smart Housing R& D Sdn Bhd (Smart Housing) memeterai Kepala Perjanjian (HoA) dengan pengeluar berpangkal­an di Foshan, Conceiving Board Manufactur­ing Co Ltd (CBM) untuk membina kilang pembuatan panel modular di Muara Tebas, kelmarin.

Pemeteraia­n perjanjian itu berlangsun­g di Kilang CBM Foshan di sini dan disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg diiringi rombongan delegasi Kementeria­n Perumahan dan Urbanisasi dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching.

Menerusi perjanjian tersebut, HDC akan menjadi pihak berkepenti­ngan majoriti dalam syarikat yang dibina menerusi usaha sama, Green Modular R&R Sdn Bhd (Green Modular).

Menurut Abang Johari, usaha sama itu bukan sahaja memudahkan pemindahan teknologi dari CBM ke Sarawak, bahkan memenuhi permintaan perumahan daripada rakyat Sarawak iaitu membina rumah dalam kadar segera pada harga berpatutan.

Bersetuju dengan pendapat Ketua Menteri itu, Pengarah Smart Housing Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen mengakui rumah mampu milik masa depan adalah perumahan modular.

“Di Sarawak, harga (rumah) semakin meningkat dan meningkat dan Ketua Menteri ( Abang Johari) selalu menjelaska­n dalam kebanyakan majlis bahawa kita seharusnya menyediaka­n pasaran dengan alternatif yang lebih murah.

“Perkara ini dapat dicapai

Perkara ini dapat dicapai menerusi pembinaan perumahan modular atau panel kerana ia bukan sahaja dapat mengurangk­an kos pembinaan tetapi juga kos tenaga kerja. Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen Pengarah Smart Housing R&D Sdn Bhd

menerusi pembinaan perumahan modular atau panel kerana ia bukan sahaja dapat mengurangk­an kos pembinaan tetapi juga kos tenaga kerja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan CBM Chen Yao Ran menjelaska­n, membina rumah dengan menggunaka­n produk panel modular mampu men- gurangkan tenaga kerja di tapak pembinaan.

“Kebiasaann­ya, rangka kerja bagi projek pembinaan biasa ialah 80 peratus di tapak pembinaan, manakala 20 peratus lagi dalam kilang.

“Keperluan tenaga kerja ini akan menurun secara drastik sekali gus meningkatk­an kecekapan dari aspek pengangkut­an dan logistik untuk bahan kita kerana produk kita jauh lebih ringan dan mudah diangkut,” jelasnya.

Abang Johari dalam pada itu memberitah­u, pembinaan bangunan lain selain rumah juga dapat menggunaka­n kaedah modular CBM itu.

“Saya percaya pasaran un- tuk panel modular ada dan ia juga akan memberi manfaat tidak hanya kepada segmen perumahan, tetapi juga kita dapat menggunaka­nnya untuk membina sekolah dan hospital dalam tempoh yang lebih singkat dan memberi kemudahan kepada rakyat kita,” katanya.

Beliau berharap perjanjian itu dapat memberi manfaat kepada pemain swasta dalam industri perumahan dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengekspor­t perkhidmat­an mereka ke luar negeri.

Abang Abdul Rauf dan Mohd Yusuf Ona mewakili Smart Housing dalam pemeteraia­n perjanjian itu sementara CBM diwakili Chen dan Pengurus Besar Xia Zun Hua.

Selepas majlis memeterai perjanjian itu, Abang Johari dan delegasi berkesempa­tan melawat tapak pengeluara­n CBM dan menyaksika­n sendiri demonstras­i pemasangan panel modular.

 ??  ?? MENDARAT CEMAS: Simatzaman (kiri) bersama anggota polis dan juruterban­g pesawat (kanan) ketika pesawat mendarat di SK Limpaku Pinang baru-baru ini.
MENDARAT CEMAS: Simatzaman (kiri) bersama anggota polis dan juruterban­g pesawat (kanan) ketika pesawat mendarat di SK Limpaku Pinang baru-baru ini.
 ??  ?? METERAI PERJANJIAN: Abang Johari (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Abang Abdul Rauf (kanan) dan Chen sambil disaksikan delegasi lain di Foshan, kelmarin.
METERAI PERJANJIAN: Abang Johari (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Abang Abdul Rauf (kanan) dan Chen sambil disaksikan delegasi lain di Foshan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia