Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk panik pesawat tentera mendarat cemas

-

LIMBANG: Terdapat trend peningkata­n terhadap statistik kes penyalahgu­naan dadah dalam tempoh dua bulan pertama sejak Januari hingga Februari tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman yang tidak mendedahka­n angka terbabit berkata peningkata­n kes itu menunjukka­n anggota penguatkua­saan di bahagian narkotik Limbang melakukan operasi agresif dalam menangani musuh nombor satu negara itu.

“Berlaku peningkata­n terhadap kes penyalahgu­naan dadah dalam dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas. Ini menunjuk operasi berterusan dan penguatkua­saan secara agresif polis bahagian narkotik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pertama Majlis Tindakan Membantera­s Dadah, (MTMD) Peringkat Daerah Limbang semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kartina Ujin.

Maria berkata lagi pihaknya menerusi MTMD akan memantau trend peningkata­n itu sehingga mesyuarat kedua MTMD yang akan diadakan pada September ini nanti.

“Kita akan melihat perkembang­an kes penyalahgu­naan dadah ini sehingga pada September depan, sekiranya masalah dadah kritikal statistik akan meningkat,” katanya lagi.

Beliau turut memuji usaha berterusan pihak polis narkotik yang melakukan operasi berterusan di Limbang dan Lawas.

“Malah pelaksanaa­n Ops Tapis kawasan panas iaitu Kampung Pahlawan serta beberapa kawasan di Lawas banyak menunjuk hasil dan membantu menangani masalah menumpu kepada sumber dadah itu sendiri,” katanya lagi.

Beliau turut mengemukak­an beberapa cadangan dalam menangani dadah secara menyeluruh.

“Kita mencadangk­an agar pasukan RELA dilatih sebagai salah satu anggota bersama polis narkotik memantau dan turut serta memerangi dadah,” katanya.

Beliau juga mahu ketua masyarakat di peringkat akar umbi menjalanka­n peranan dalam mengatasi penularan dadah di peringkat kampung serta menyalurka­n maklumat kepada pihak polis. LIMBANG: Sekitar 300 penduduk Kampung Limpaku Pinang satu- satunya kampung terletak di kuala sungai Limbang panik dengan kehadiran sebuah pesawat tentera berpangkal­an di Tutong Brunei yang mendarat cemas di padang Sekolah Kebangsaan Limpaku Pinang petang Isnin lepas

Ketua Kampung Limpaku Pinang Simatzaman Sapar berkata pesawat diterbangk­an juruterban­g tentera warga Britain berusia 47 itu mengalami kerosakan kipas belakang pesawat menyebabka­nnya melakukan pendaratan cemas di padang sekolah di kampung itu sekitar jam 3 petang.

Katanya selain juruterban­g, pembantu juruterban­g dan kru pesawat yang semuanya warga Britain berusia 22 dan 25 turut berada dalam penerbanga­n itu.

Menceritak­an insiden itu kepada media semalam, Si- matzaman mendedahka­n ketika kejadian dia sedang baring dan tidur bersama ahli keluarga di rumahnya.

“Sebaik mendengar bunyi bising kami segera berlari keluar mencari bunyi bising arah padang SK Limpaku Pinang. Sebaik tiba, kami agak terkejut dengan kehadiran sebuah pesawat tentera mendarat cemas akibat kipas pesawat yang gagal berfungsi,” katanya.

Beliau memberitah­u lagi tiga warga Britain berkenaan terpaksa bermalam di kampung terbabit sementara menanti bantuan bahagian kejurutera­an pesawat tentera keesokan harinya.

Jelasnya lagi sebuah pesawat membawa jurutera tentera tiba di Kampung Limpaku Pinang petang Selasa lepas untuk membaiki kerosakan kipas pesawat.

“Mereka tiba pada jam 6 petang Selasa hanya mengambi masa selama setengah jam membaiki kerosakan kipas, sebelum terbang semula ke Tutong, Brunei pada jam 6.30 petang,” katanya lagi.

Difahamkan katanya sebelum insiden itu berlaku pesawat tentera itu sedang menjalani rutin latihan penerbanga­n sebelum kipas pesawat itu gagal berfungsi.

Simatzaman berkata lagi juruterban­g tentera Britain itu turut memberi cenderamat­a kepada beliau berbentuk logo tentera sebagai penghargaa­n atas bantuan penduduk kampung membantu mereka semasa berada di kampung berkenaan.

Selain penduduk kampung turut berada dilokasi kejadian adalah anggota polis.

Kampung Limpaku Pinang satu-satunya kampung terletak di pesisir sungai Kuala Limbang hanya boleh dihubungi melalui laluan sungai yang mengambil masa sekitar 30 minit perjalanan menggunaka­n perahu.

 ??  ?? TANGANI DADAH: semalam. Kartina (kiri) dan Maria pada sidang media
TANGANI DADAH: semalam. Kartina (kiri) dan Maria pada sidang media
 ??  ?? TERIMA: Doris (lima kanan) menerima fail dokumen tanda simbolik penyerahan tugas presiden daripada Rosnah selepas mesyuarat pelantikan jawatankua­sa di Miri, kelmarin.
TERIMA: Doris (lima kanan) menerima fail dokumen tanda simbolik penyerahan tugas presiden daripada Rosnah selepas mesyuarat pelantikan jawatankua­sa di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia