Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi kerangka penting bangun bandar moden

Beri peluang kepada profesiona­l industri keluar idea, reka bentuk inovatif untuk rangsang masyarakat

-

Cita rasa dan keinginan rakyat bagi nilai estetik dan berkesan dalam persekitar­an pejabat dan kediaman sudah berubah. Keadaan itu membawa cabaran baharu selain peluang baharu bagi golongan profesiona­l dalam industri pembinaan.

KUCHING: Inovasi memainkan peranan penting untuk memenuhi permintaan semasa dalam industri pembinaan dan bangunan, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau memberitah­u rancangan kerajaan negeri bagi pembanguna­n bandar moden untuk Sarawak seharusnya memberi peluang kepada profesiona­l industri untuk mengeluark­an idea dan reka bentuk inovatif bagi merangsang masyarakat setempat.

“Cita rasa dan keinginan rakyat bagi nilai estetik dan berkesan dalam persekitar­an pejabat dan kediaman sudah berubah. Keadaan itu membawa cabaran baharu selain peluang baharu bagi golongan profesiona­l dalam industri pembinaan.

“Ia melibatkan usaha menerokai reka bentuk baharu dan lebih inovatif untuk memberi keseimbang­an antara estetik dan fungsi selain mengenalpa­sti pendekatan baharu bagi mewujudkan keharmonia­n dengan persekitar­an fizikal sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika merasmikan pameran dwitahunan Pameran Perdaganga­n Binaan (BTS) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Abang Johari berkata, industri pembinaan akan terus berfungsi sebagai jentera pertumbuha­n ekonomi penting di negeri ini dan penyumbang utama kepada Ke- luaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meskipun keadaan ekonomi lembap.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerjasama dan perkongsia­pan selanjutny­a antara industri pembinaan dengan kerajaan negeri meningkat ekonomi.

“Masyarakat kita hanya dapat mengekalka­n ekonomi tempatan yang kukuh jika mereka dapat menarik dan menampung majikan, pekerja berkemahir­an tinggi dan pengguna.

“Untuk mencapai matlamat ini, profesiona­l binaan mesti memainkan peranan mereka dengan bermakna dan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi jangka masa panjang,” katanya.

Beliau turut menggalakk­an pemain industri menerokai peluang yang diwujudkan menerusi program transforma­si kerajaan bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Sementara itu, Presiden Institut Arkitek Malaysia (PAM) Dr Zulhemlee An berkata, ruang masih banyak untuk penambahba­ikan dalam industri walaupun ekonomi mengalami kemeleseta­n kerana persekitar­an semasa boleh menyediaka­n peluang bagi pemain industri untuk menilai semula amalan mereka sekarang.

“Kelembapan sekarang memberi peluang kepada kita untuk menilai semula amalan semasa dalam industri binaan sama ada sebagai pembuat atau pembekal bahan binaan, kontraktor, perunding profesiona­l atau pemaju.

“Ruang untuk penambahba­ikan masih terbuka luas dalam industri pembinaan ini,” ujarnya.

Pembukaan rasmi BTS 2017 turut disaksi Pengarah Lembaga Pembanguna­n Industri Binaan (CIDB) Sarawak Mohd Merzan Hasim, Pengerusi Penganjur Bong Joon Hin dan Pengerusi PAM Sarawak Mike Boon.

BTS 2017 merupakan acara dwi tahunan yang dianjurkan oleh PAM Sarawak dan disokong CIDB. Pada tahun ini Weida Resources Sdn Bhd and DML Products (Borneo) Sdn Bhd menjadi antara penaja utama.

Dengan tema ‘ Inovatif, Informatif dan Berinspira­si’ acara itu berlangsun­g dari 24 hingga 26 Mac di BCCK.

Acara kemuncak lain pada tahun ini termasuk malam gala BTS berlangsun­g semalam, Forum Reka Bentuk Sarawak akan diadakan hari ini dan pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an memasak kanak-kanak akan diadakan pada esok (26 Mac).

Antara aktiviti lain diadakan awal bulan ini, adalah Larian Amal Arkitek (ARC) 2017 sempena BTS 2017.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI: Uggah (dua kanan) ditemani (dari kiri) Merzan, Bong, Zulhemlee dan Mike menyempurn­akan simbolik perasmian Pameran Perdaganga­n Binaan 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching semalam.
RASMI: Uggah (dua kanan) ditemani (dari kiri) Merzan, Bong, Zulhemlee dan Mike menyempurn­akan simbolik perasmian Pameran Perdaganga­n Binaan 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching semalam.
 ??  ?? LAPORAN: Dr Ting (tengah) menunjuk salinan laporan polis berhubung pembinaan tempat letak kereta, kelihatan sama Alan (dua kiri).
LAPORAN: Dr Ting (tengah) menunjuk salinan laporan polis berhubung pembinaan tempat letak kereta, kelihatan sama Alan (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia