Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Pilar anjur ‘autoshow’ di parkir Stadium Negeri 8 April

-

KUCHING: Tapak Parkir Stadium Negeri Sarawak di sini akan dipenuhi lebih 200 kereta dan motosikal pelbagai hiasan sempena Program Yayasan Pilar Charity Autoshow 2017 pada 8 April depan bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarka­n penganjur semalam, Yayasan Pillar Charity Autoshow 2017 diadakan untuk mengutip dana membiayai program amal Yayasan Pillar.

“Pihak penganjur utama, Yayasan Pillar Malaysia dengan kerjasama Kelab Kancil Borneo dan Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam Kuching dan beberapa agensi yang akan bergabung untuk menjayakan program ini nanti.

“Ini adalah hasil kaji selidik oleh Presiden Yayasan Pillar Dato’ Seri Paduka Aisah Mahmud sendiri mengenai belia masa kini di Sarawak yang amat membimbang­kan dari segi gejala sosial, pengambila­n dadah, lumba haram, vandalisme, gengsteris­me dan pelbagai faktor boleh menjatuhka­n belia kita dan terjerumus dalam jenayah.

“Justeru, ia diadakan bagi memberi kesedaran dan mengumpul para belia, khasnya agar terlibat aktif dalam program yang diadakan,” kata kenyataan akhbar itu.

Selain itu, jurucakap penganjur program, Fadillah Sulaiman berkata, banyak aktiviti akan diadakan pada satu hari tersebut dan menjemput warga Kuching turut hadir untuk memeriahka­nnya nanti.

Antara kategori yang akan dipertandi­ngkan pada hari tersebut ialah JDM terbaik, ‘Stance and Fitment’ terbaik, MDM terbaik, ‘ Old Skool’ terbaik, ‘Best Car Club Gathering,’ ‘Best of the Best Car,’ ‘Best of the Best’ motorsikal/ skuter, kategori Motosikal Cub Ekstrem, Cub Standard, kategori Skuter Ekstrem, Skuter Standard dan Anugerah Istimewa Dato’ Seri Paduka Aisah Mahmud.

Di samping ‘autoshow’ dan ‘gathering,’ Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam Kuching akan mengadakan ‘Mini Pocket Bike Club Race 2017.’

Kaunter untuk pendaftara­n ‘autoshow’ dan ‘Gathering’ Yayasan Pillar Charity Autoshow akan dibuka di Tebingan Kuching bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang pada hari ini (25 Mac) dan jam 9 pagi hingga 6 petang pada 26 Mac.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubung­i penyelaras ‘ autoshow’ dan ‘ Gathering,’ Miemah 014-9545563.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia