Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Ting buat laporan polis siasat isu letak kereta kawasan awam

-

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon semalam membuat laporan di Balai Polis Pusat (CPS) Miri untuk membuat siasatan berhubung isu letak kereta di sebuah pusat komersial di Jalan Airport.

Menurut Dr Ting, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan pada 18 Mac, penyewa kedai berhampira­n bulatan Seahorse di Jalan Airport memberitah­u salah satu kawasan awam di situ dibuka oleh Miri Parking System Ptd Ltd dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk dijadikan tempat letak kereta tambahan berkuat kuasa pada 1 April depan.

“Pada mulanya mereka diberitahu kira-kira 40 tempat letak kereta namun sekarang saya difahamkan jumlahnya lebih 50 buah menjadikan laluan di situ sempit dan menyukarka­n kenderaan besar untuk lalu.

“Persoalann­ya, tindakan menjadikan kawasan lapangan orang awam itu sebagai tempat letak kereta mengikut prosedur atau haram? Adakah ia dibuat demi kepentinga­n mereka sendiri?,” kata Dr Ting kepada media selepas membuat laporan di CPS Miri semalam.

Turut mengiringi beliau Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Alan Ling.

Justeru, satu laporan polis dibuat untuk menyiasat ketelusan tindakan MPS dan MBM menjadikan kawasan itu sebagai tempat letak kereta.

“Kita mahu tahu sama ada lakaran tambahan kawasan letak kereta itu mendapat kelulusan,” katanya.

Sementara itu, Alan berkata sudah sampai masanya datuk bandar Miri yang baharu iaitu Adam Yii untuk mempertimb­ang cadangan menarik balik kuasa mentadbir sistem letak kereta oleh syarikat lain, sebaliknya mahu kuasa autonomi itu dikembalik­an kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM).

“Saya mahu Datuk Bandar Adam mengambil kira kepentinga­n rakyat dengan menguruska­n sendiri sistem letak kereta dan bukannya menyerahka­n kepada syarikat lain untuk mengaut keuntungan.

“Pihak MBM perlu ingat bahawa tempat letak kereta adalah kawasan orang awam, justeru ia tidak boleh disalahgun­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia