Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Bersama Pelanggan DUN Engkilili dapat sambutan hangat

-

SKRANG: Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) DUN Engkilili dengan kerjasama Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) serta Mahkamah Bergerak telah menganjurk­an Hari Bersama Pelanggan di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa di Skim Skrang di sini.

Program berakhir semalam itu ternyata mendapat sambutan luar dugaan dengan pemohon bukan sahaja dari sekitar konstituen­si Engkilili malah sejauh Lubok Antu, Betong dan Sri Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa ketika dihubungi berkata idea membawa pasukan JPN bersama mahkamah bergerak itu susulan menyedari masih ada di kalangan warga Engkilili yang tidak memiliki sijil lahir dan kad pengenalan sejak lahir.

“Sehubungan itu, saya menerusi Pusat Khidmat DUN Engkilili menerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) mengambil inisiatif mem- bawa agensi kerajaan itu ke sini untuk mendaftark­an segera mereka yang belum memiliki dokumen pengenalan diri itu,” katanya.

“Hasil tinjauan saya selama agensi itu berada di sini mendapati sambutan sangat menggalakk­an dengan pemohon baharu bukan sahaja datang dari DUN ini malah dari Lubuk Antu, Betong dan Sri Aman.

“Kita berharap akan ada program serupa diadakan kelak dan saya menyokong penuh usaha ini agar warga kita yang layak memiliki dokumen pengenalan sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, setiap rakyat yang tinggal di negeri dan negara bertuah ini wajib memiliki dokumen pengenalan diri kerana ia tiket kebebasan bergerak, memohon bantuan kerajaan seterusnya mendapat pendidikan apabila umur cukup untuk memasuki alam persekolah­an.

“Namun agak malang kerana walau pun meny- edari kepentinga­n memiliki dokumen pengenalan diri itu masih ada yang mengambil mudah dan tidak memohon bukan sahaja diri malah anakanak hingga menyebabka­n mereka tidak menikmati hak selayaknya warga Malaysia,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong juga Ketua Pemuda UPP melahirkan sedikit rasa terkilan kerana ada individu yang dikenali dan diketahui tidak mempunyai dokumen pengenalan diri gagal merebut peluang tersebut.

“Saya dimaklumka­n oleh beberapa ketua masyarakat bahawa ada di kalangan individu yang disasarkan memohon dokumen itu namun gagal hadir walau sudah dimaklumka­n lebih awal.... kita tidak tahu mengapa wahal proses pendaftara­n hanya di depan mata,” tegasnya.

Dalam pada itu, jurucakap JPN Eric Douglas melahirkan rasa gembira kerana program turun padang JPN bersama Mahkamah Bergerak tersebut mencapai objektifny­a.

Katanya, program serupa adalah salah satu program Khidmat Sosial Korporat (CSR) sebagai menyahut seruan kerajaan agar agensi kerajaan itu bersama agensi relevan lain turun ke peringkat akar umbi untuk mencari, mengesan dan mendaftar warganegar­a ini yang belum memiliki dokumen pengenalan diri itu.

“Dan hari ini kita berjaya memproses kira-kira 40 permohonan baharu yang disahkan oleh pihak mahkamah diketuai Dora Undau,” katanya.

Sementara, pemohon baharu di bawah Penghulu Gerang Anchih paling ramai memohon sijil lahir dan kad pengenalan baharu.

Turut hadir menyaksika­n program tersebut ialah Pegawai JASA Edwin Anchih, Penghulu Betok Tubi, Penghulu Inchang Anchih, Penghulu Francis Empam, Penghulu Briku, para kaunselor serta tuai rumah di sekitar DUN ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia