Utusan Borneo (Sarawak)

Perlahanka­n perjalanan di Batang Sadong sepanjang Regata Gedong

-

GEDONG: Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) menasihatk­an pengguna sungai seperti nelayan, penggendal­i bot laju dan kapal supaya memperlaha­n perjalanan bot dan kapal masing- masing semasa melalui Sungai Batang Sadong dekat Pekan Gedong selama tiga hari bermula semalam sehingga 26 Mac ini.

Nasihat ini dikeluar berikutan Sungai Batang Sadong bermula dari Sungai Mayong di sebelah hulu hingga ke Sungai Jengok di sebelah kiri yang sejauh empat kilometer sebagai lokasi Regata Gedong sempena Karnival Sukan Gedong.

Aktiviti sungai air itu akan bermula seawal jam 6 pagi hingga jam 6 petang pada tarikh berkenaan.

LSS dalam kenyataan akhbarnya berkata, pengguna sungai seperti nelayan, masyarakat perkapalan dan penduduk setempat diharap supaya mematuhi nasihat dikeluarka­n oleh LSS dan petugas dalam penganjura­n Regata Gedong bagi mengelakka­n kejadian yang tidak diingini berlaku.

Karnival Sukan Gedong 2017 dikelolaka­n oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.26 Gedong yang turut menampilka­n beberapa acara sukan yang menarik seperti Batak Lampung dan Gusti Lengan selain lumba perahu atau regata.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Karnival Sukan Gedong, Ali Bujang mengesah ada menerima salinan kenyataan akhbar daripada LSS dan berharap semua pengguna sungai di kawasan ini mematuhi nasihat yang dikeluarka­n oleh LSS.

Dianggar sebanyak 14 perahu akan mengocak sungai Batang Sadong dekat Pekan Gedong dalam acara Regata Gedong yang akan diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mac ini.

Perahu berkenaan dikayuh tujuh, sepuluh, 15 dan 20 orang pengkayuh mengikut kategori disertai pasukan lumba perahu berkenaan.

Acara lain turut diadakan ialah pertanding­an futsal, bola tampar, senam tari, lumba perahu berinjen pam, pameran dan jualan produk pertanian, makanan, minuman dan keperluan harian serta persembaha­n kugiran yang akan diadakan pada sebelah malamnya.

Beberapa pertanding­an telah diadakan secara berperingk­at-peringkat sejak 11 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia