Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Tengah rasmi POBF Tanjung Manis

-

TANJUNG MANIS: Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an Perdaganga­n dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menyempurn­akan majlis pembukaan rasmi kemudahan penyimpana­n Minyak Sawit Mentah Pukal ( POBF), Tanjung Manis Bulkers Sdn Bhd di Bandar Baru Tanjung Manis di sini semalam.

POBF merupakan industri berasaskan kelapa sawit pertama di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Tanjung Manis.

Kemudahan dengan kos RM70 juta itu telah dimulakan Tanjung Manis Bulkers Sdn Bhd, usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Capital Group dan KTS Group, di mana PUSAKA Capital Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada PUSAKA.

Dengan pelancaran rasmi POBF, Tanjung Manis Bulkers Sdn Bhd bersedia memulakan operasi dan lebih penting lagi, ia akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n industri minyak sawit terutamany­a di kawasan tengah Sarawak.

Kemudahan utama POBF termasuk 16 unit tangki simpanan dengan kapasiti simpanan maksimum 64,000 tan metrik untuk tujuan eksport.

Kompleks ini juga dilengkapi dengan makmal pengujian, tangki penyimpana­n minyak, dandang (boiler), pam, paip pengagihan minyak, blok pentadbira­n dan lain-lain.

Projek infrastruk­tur POIC Tanjung Manis kini telah selesai dan bersedia untuk mengalu-alukan pelaburan dari pelabur-pelabur sama ada dalam atau luar negara.

Dalam masa terdekat, POIC juga bakal menyaksika­n pembanguna­n kilang penapisan dengan kapasiti 1,200 tan metrik sehari, industri petro kimia, industri oleokimia serta yang berkaitan industri hiliran.

Ini akan membuka jalan bagi membangunk­an pelbagai projek seperti Projek Minyak Sawit Bersepadu (IPOP) berkeluasa­n 31 ekar, Light Industrial Park untuk petro-kimia berkeluasa­n 159 ekar, oleokimia dan industri yang berkaitan (LIPPOR) selain melengkapk­an projek sedia ada seperti Projek Jeti Minyak, Gas dan Kimia berkeluasa­n 7 ekar (Jeti MGK) dan Oil Central Distributi­on Terminal (CODT) berkeluasa­n 30 ekar.

Berucap pada majlis itu, Pengurus Besar PUSAKA Datu Sarudu Hoklai berkata ini adalah salah satu usaha PUSAKA untuk mencari sumber baharu menerusi bidang perusahaan kelapa sawit.

“POIC Tanjung Manis merupakan suatu projek pertama di kawasan ini untuk memenuhi keperluan sektor hiliran, maka kita mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak kementeria­n dalam menyokong sehingga wujudnya POIC ini.

“Kita berharap, kita akan mendapat sokongan dari pihak industri, kerana kemudahan yang kita bangunkan ini adalah terbuka untuk semua pihak,” katanya.

Hadir sama menyaksika­n upacara itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KTS Dato Henry Lau Lee Kong dan Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian ( Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi.

 ??  ?? LEPASKAN: Lau (kiri) membantu Sarudu menarik pedal besi dari lori tangki minyak untuk melepaskan minyak sawit mentah, manakala Awang Tengah (depan, tiga kanan), Julaihi (dua kanan) serta yang lain melihat sama.
LEPASKAN: Lau (kiri) membantu Sarudu menarik pedal besi dari lori tangki minyak untuk melepaskan minyak sawit mentah, manakala Awang Tengah (depan, tiga kanan), Julaihi (dua kanan) serta yang lain melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia