Utusan Borneo (Sarawak)

Majoriti penginapan bajet bandar Miri dikategori bahaya didiami

-

MIRI: Sebahagian besar rumah tumpangan dan penginapan bajet di sini disenarai kategori bahaya untuk didiami kerana mengabaika­n aspek keselamata­n diwajibkan pihak berkuasa.

Ketua Bomba Zon Enam (Miri) Law Poh Kiong berkata, kebanyakan premis disah tidak memiliki sijil layak menduduki sekali gus mencermink­an sikap tidak tanggungja­wab pengusaha terhadap keselamata­n pelanggan.

“Perkara paling serius ialah hampir keseluruha­n tidak mengemuka pelan bangunan untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi melayakkan mendapat sijil kelayakan menduduki bangunan atau lesen Majlis Bandaraya Miri (MBM), “jelasnya.

Dalam pemeriksaa­n bersama antara bomba dan MBM, antara kesalahan lain ialah tidak memiliki pintu rintangan api di bilik serta tidak memiliki sistem keselamata­n kebakaran.

Selain itu, sistem keselamata­n kebakaran sedia ada juga tidak diselengga­ra dengan baik.

Pemeriksaa­n diadakan bermula Selasa hingga kelmarin (Khamis) membabitka­n 19 premis terdiri dari hotel, lodging dan inn tidak berlesen di sekitar pusat bandar raya Miri.

Pasukan bomba diketuai Penguasa Bomba Kanan Dua, Ahmad Nizam.

“Dinding pembahagia­n antara bilik didapati ada menggunaka­n ‘ plywood’ sahaja dan bukan bahan batu bata atau bahan rintangan api,” jelasnya.

Beliau menambah, tangga turut memainkan peranan penting dalam aspek keselamata­n di tempat penginapan.

Katanya, tangga keselamata­n harus terlindung dengan dikeliling­i dinding batu dan pembukaan haruslah diadakan pintu rintangan api.

“Pemeriksaa­n mendapati tangga tidak disertakan dengan dinding batu bata malah tangga yang ada juga tidak mencukupi,” jelasnya.

Law berkata, walaupun memiliki tangga keselamata­n, ada antaranya dihalang oleh barang.

Jelasnya, selain itu, bomba mendapati terhadap laluan paip gas di dalam ruang tangga dan ruang tangga turut dijadikan stor.

 ??  ?? BAHAYA: Ahmad Nizam menunjukka­n pintu rintangan api yang tidak diluluskan terdapat di salah sebuah rumah penginapan.
BAHAYA: Ahmad Nizam menunjukka­n pintu rintangan api yang tidak diluluskan terdapat di salah sebuah rumah penginapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia