Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RM25,000 untuk 25 pintu rumah panjang terbakar

-

SRI AMAN: Peruntukan berjumlah RM25,000 disalur kepada 25 pintu penduduk Rumah Langgau Jungkong Panjai, Bakong Lingga yang musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, berikutan tragedi menimpa penduduk rumah panjang berkenaan, beliau meluluskan peruntukan berjumlah RM1,000 untuk setiap pintu bilik rumah panjang berkenaan.

“Saya juga telah mengadakan perbincang­an dengan NAIM Gamuda untuk membantu menyediaka­n tapak baharu bagi penduduk Rumah Langgau mendirikan semula rumah mereka dalam masa terdekat ini,” katanya kepada pemberita semasa meninjau keadaan mangsa kebakaran semalam.

Buat masa ini, seramai 71 mangsa terlibat dalam kebakaran telah ditempatka­n sementara di Dewan Serbaguna Bakong terletak kirakira 2 kilometer dari lokasi rumah panjang yang terbakar berkenaan.

Sementara itu, Mong turut meluluskan peruntukan berjumlah RM 5,000 bagi tujuan untuk mendirikan rumah sementara bagi menunggu tapak baharu rumah panjang berkenaan siap.

Beliau turut menasihatk­an mangsa kebakaran agar bersabar menghadapi dugaan ini dan berharap perkara ini tidak lagi terjadi di kawasan beliau.

Turut hadir sama mengiringi beliau melawat mangsa kebakaran berkenaan, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Othman Sulaiman, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sri Aman Whelthon Lumpoi dan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak DUN Bukit Begunan Jesy Bintoh.

 ??  ?? SUMBANGAN: Mong (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran sambil diperhatik­an oleh Indit (dua kanan), Othman (kanan), Whelthon (empat kiri), Jesy (tiga kiri) serta yang lain semasa menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran semalam.
SUMBANGAN: Mong (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran sambil diperhatik­an oleh Indit (dua kanan), Othman (kanan), Whelthon (empat kiri), Jesy (tiga kiri) serta yang lain semasa menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia