Utusan Borneo (Sarawak)

STU sambut baik kaedah pelajaran BI atas talian

-

SIBU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyambut baik kaedah pengajaran dan pembelajar­an baharu Bahasa Inggeris melalui atas talian (online) yang akan diperkenal dengan tumpuan terarah kepada pelajar luar bandar.

Namun Presiden STU, Jisin Nyud berkata, pelaksanaa­n itu mungkin sukar dilaksana di Sarawak terutamany­a luar bandar kerama masalah akses Internet.

Ini kerana katanya, kemudahan Internet serta isu-isu atas talian perlu diselesaik­an terlebih dahulu sebelum melaksanak­an program dalam talian ini.

“Guru tidak keberatan untuk menjalanka­n tugas secara talian sekiranya sekolah mempunyai akses Internet, kemudahan dan infrastruk­tur baik,” ujarnya.

Jisin berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini bahawa Cambridge Accessible Tests (CATs) akan diperkenal dengan tumpuan kepada pelajar luar bandar.

Khalid berkata program perintis akan bermula akhir tahun ini yang melibatkan kira-kira 40 sekolah rendah dan menengah di luar bandar dan dijangka akan dilaksanak­an sepenuhnya dalam satu atau dua tahun.

“STU mengalu- alukan usaha daripada semua pihak dalam meningkatk­an bahasa Inggeris terutamany­a kanakkanak di kawasan luar bandar seperti CATs ini. Malangnya, kaedah baharu secara atas talian ini agak mustahil dilaksanak­an di Sarawak terutama di kawasan luar bandar.

Sebagai contoh menurut Jisin, pada masa ini guru kelas perlu memasukkan data kehadiran pelajar setiap hari secara talian dan ramai guru merungut kerana kebanyakan masa mereka terbuang kerana talian Internet yang perlahan.

“Memasukkan data ini tidak lama dengan syarat talian Internet baik dan pantas,” jelasnya sambil menambah guru menjadi sangat tertekan apabila semua mahu memenuhi garis panduan dari Kementeria­n Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

Beliau menambah, jika data tersebut tidak diterima oleh pihak berkenaan, guru ini akan menerima peringatan sama ada melalui mesej, panggilan atau emel.

“Bagaimanap­un, kita tidak boleh menyalahka­n sesiapa kerana semua orang mahu melaksanak­an kerja mereka mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Kita tidak mahu guru jatuh sakit disebabkan tekanan atau beban kerja ini.

“Buat masa ini, program dalam talian ini tidak perlu dilakukan setiap hari kerana hasilnya pasti mengecewak­an. Selesaikan masalah Internet dan isu dalam talian terlebih dahulu sebelum kita boleh memikirkan program dalam talian ini,” katanya.

 ??  ?? JISIN
JISIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia