Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS, AFSM meterai MoA wujud pusat mentor senyap

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Academy For Silent Mentor (AFSM) semalam memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi mewujudkan pusat mentor senyap di kampus UNIMAS di sini.

Pusat mentor senyap yang terletak bersebelah­an Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ditubuhkan dan akan digunakan sebagai pusat latihan pelengkap untuk kursus perubatan dan kejururawa­tan.

Semasa pemeteraia­n perjanjian itu, UNIMAS diwakili oleh Naib Canselor Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, manakala AFSM pula diwakili Pengerusi merangkap Pengarah Pengasas AFSM Professor Dr Chin kin Fah.

“Kita percaya pusat ini akan melahirkan pelajar dengan nilai kemanusiaa­n tinggi dan empati khusus dalam kalangan pelajar perubatan kita di UNIMAS.

“Pusat itu kelak akan berperanan sebagai pusat sumber untuk anatomi dan kemahiran surgikal asas serta modul ‘soft skill’ kerana para pelajar akan menjadi sukarelawa­n di pusat tersebut,” kata Mohamad Kadim.

Jelasnya, AFSM akan membantu pelajar UNIMAS untuk menjadi doktor dan jururawat yang berjaya selain mengajar para pelajar untuk menghormat­i pe- sakit, sama seperti mereka melayani mentor senyap dengan penuh hormat.

Beliau juga menyifatka­n pusat itu akan menjadi venue untuk latihan kemahiran surgikal pascasiswa­zah serta pembanguna­n klinikal maju terutama dalam kalangan pelatih kesihatan mahupun perubatan.

Malah, beliau juga menaruh harapan bahawa pusat itu berpotensi untuk dibangunka­n dalam pelbagai aspek seperti pusat penyelidik­an, mencipta peluang untuk pasca siswazah dalam latihan seperti Ijazah Sarjana Anatomi, pembanguna­n bank tisu dan kolaborati­f dengan pusat latihan serta industri perubatan lain.

“Saya cukup yakin hubungan kukuh antara kami akan menjadi permulaan untuk batu loncatan signifikan antara UNIMAS dan AFSM terutama dalam strategi kita untuk memperluas kualiti dalam penyampaia­n pengajaran, pembelajar­an dan penyelidik­an di Malaysia,” katanya.

Selain itu, menjadi harapan menerusi kolaborati­f itu juga, hubungan unik akan menjadi kekuatan dan pengalaman kedua- dua pihak ke atas peluang untuk meningkatk­an kemahiran dalam kesihatan bersekutu profesiona­l seperti pakar fisioterap­i dan ubatan lengkap termasuk ubatan tradisiona­l Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia