Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran dan Karnival Makanan sempena Miri May Fest 2017

-

MIRI: Persatuan Pengkaji Kraftangan Tradisiona­l Miri, akan menganjurk­an Pameran dan Karnival Makanan Miri 2017 pada bulan Mei akan datang.

Acara disaring dan dihoskan bersama Majlis Bandaraya Miri (MBM) sempena meraikan Miri May Fest 2017 itu akan berlangsun­g selama 17 hari bermula dari 5 hingga 21 Mei, bertempat di Dataran Kipas Miri.

Pengerusi penganjurn­ya Alex Chu berkata tujuan utama karnival dan pameran tersebut diadakan ialah untuk menggalakk­an pelanconga­n Miri dan ia akan dijadikan sebagai acara tahunan.

“Tahun ini, Miri telah meraikan ulang tahunnya yang ke-12 sebagai sebuah bandar raya dan jika dahulu, aktiviti bagi meraikan festival seperti ini akan dianjurkan oleh persatuan masing-masing tetapi tahun ini, kami akan melakukann­ya dalam cara yang berbeza.

“Kita perlu membuat beberapa perubahan dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang untuk melawat Miri dan mengambil bahagian dalam pesta Mei Miri atau lebih dikenali sebagai Miri May Fest, yang akan datang ini.

Pesta Miri katanya, perlu mempunyai penganjur utama untuk menggalakk­an lagi imej Miri dan usahanya untuk menjadi sebuah bandar raya peranginan yang berjaya, ceria dan hidup, melalui penganjura­n seperti Pameran dan Karnival Makanan Miri 2017.

Pameran berkenaan kelak akan mempromosi­kan pelbagai acara dan aktiviti, selaras dengan objektif penganjur, mahu menggalakk­an pelanconga­n Miri, pertukaran maklumat mengenai sesuatu budaya.

Malah katanya, Pameran dan Karnival Makanan Miri 2017 juga boleh menyedi- akan satu platform baharu untuk membantu golongan muda memulakan perniagaan mereka.

Gerai makanan dan pameran kini dibuka untuk disewa dan penyertaan terbuka kepada semua rakyat Sarawak serta syarikat asing berminat untuk mengambil bahagian.

Gerai ini akan dibuka jam 4 petang hingga jam 11 malam. Sepanjang karnival tersebut berlangsun­g, ada dua pertanding­an akan diadakan dan terbuka kepada semua gerai makanan yang mengambil bahagian iaitu ‘Gerai Tercantik’ dan gerai dengan ‘Makanan Paling Sedap’.

“Selain itu, penganjur akan mengaturka­n satu siri program dan aktiviti hiburan dalam setiap hujung minggu sepanjang acara berjalan.

“Kami juga berharap beberapa persatuan dan pertubuhan yang mahu mengambil bahagian dalam acara ini atau mempromosi­kan persembaha­n masing-mas- ing, supaya tampil menyertai karnival ini, agar acara ini penuh dengan keriangan dan keseronoka­n, sekali gus memastikan matlamat penganjura­n kita tercapai,” katanya.

“Pada masa yang sama kami benar-benar berharap (MBM) akan bekerjasam­a dengan kami dan berganding bahu membawa acara tersebut dengan penuh bermakna sekali gus menjadikan­nya paling terkenal dalam acara Miri May Fest,” tambahnya lagi.

Menurut Chu, mereka yang berminat termasuk persatuan-persatuan, boleh melayari akaun Facebook ‘Miri Food & Exhibition Carnival 2017’ dan untuk keterangan lanjut anda boleh menghubung­i Alex Chu di talian telefon bimbitnya, 019-8558582 atau Don Lai (012-8071555).

 ??  ?? PERKHIDMAT­AN KOREKTIF: Hamad (duduk empat kanan) bersama pegawai dan anggota Jabatan Penjara Limbang bergambar beramai-ramai.
PERKHIDMAT­AN KOREKTIF: Hamad (duduk empat kanan) bersama pegawai dan anggota Jabatan Penjara Limbang bergambar beramai-ramai.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Chu (depan, dua kanan) bersama Kaunselor Ernest Goh mewakili MBM dan ahli jawatankua­sa penganjur yang lain, menunjukka­n poster mempromosi­kan karnival tersebut.
SERTAI KAMI: Chu (depan, dua kanan) bersama Kaunselor Ernest Goh mewakili MBM dan ahli jawatankua­sa penganjur yang lain, menunjukka­n poster mempromosi­kan karnival tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia