Utusan Borneo (Sarawak)

SESCo tambah mesin bayaran kios tingkat keselesaan pelanggan

-

KUCHING: Syarikat SESCo Berhad, iaitu anak syarikat Sarawak Energy terus berinovasi untuk meningkatk­an pengalaman serta memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggann­ya.

Antaranya melalui inisiatif terbaharu iaitu pengenalan mesin bayaran kios sebagai saluran bayaran tambahan membolehka­n kemas kini bayaran dan kios boleh didapati di kaunter SESCo untuk kemudahan tambahan pelanggan.

Majlis pelancaran disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Sharbini Suhaili yang diadakan di Wisma SESCo di sini pada Rabu lepas.

Majlis dihadiri Ketua Pegawai Operasi Sarawak Energy, Lu Yeew Hung, Naib Presiden Eksekutif, Perkhidmat­an Korporat Aisah Eden, Ketua Pegawai Eksekutif SESCo Lau Kim Swee dan Naib Presiden bagi Peruncitan, Yusri Safri serta jawatankua­sa kanan dan pengawai kanan serta kakitangan SEB.

Sehingga kini, empat kios telah dipasang di Wisma SESCo dan Pending di Kuching sementara dua lagi kios di pejabatnya di Sibu.

Manakala 10 lagi kios akan dipasang secara berperingk­at di kaunter di Sri Aman, Sarikei, Dewan Suarah Sibu, Bintulu dan Miri selain di kaunter di UTC Kuching, UTC Sibu dan UTC Miri.

Melalui kios berkenaan, pelanggan boleh membuat sama ada sekali pembayaran atau lebih (sehingga lima bil) bagi bil elektrik mereka dengan setiap transaksi selain boleh membuat bayaran deposit cagaran mereka.

Bayaran boleh dibuat sama ada secara tunai, cek dan mana-mana kad kredit yang dikeluarka­n bank di Malaysia selain pelanggan boleh membuat pertanyaan bil serta mencetak bil.

Ia akan memberi pilihan tambahan kepada pelanggan yang juga boleh memilih dari saluran seperti aplikasi mudah alih “SEBCares”, di mana pelanggan boleh melihat dan membayar bil elektrik mereka melalui perbankan dalam talian, kad kredit atau kad debit atau pembayaran auto.

Sharbini turut mengucapka­n tahniah kepada pasukan bahagian peruncitan yang menggunaka­n teknologi dan inovasi bagi meningkatk­an lagi pengalaman pelanggan mereka.

“Teruskan usaha untuk inovasi dengan meningkatk­an pengalaman pelanggan melalui telunjuk jari sahaja terutama teknologi baharu.

“Ini contoh bagaimana kita boleh memudahkan proses penyampaia­n dengan kelajuan serta ketepatan. Kadang-kadang idea paling mudah membawa perubahan bermakna. Justeru, mari kita bersama berusaha memuas dan melebihi jangkaan pelanggan,” kata Sharbini.

Sementara itu Lau menjelaska­n, kios merupakan salah satu daripada visi jangka panjang bahagian Peruncitan bagi mengurangk­an transaksi di kaunter.

“Dengan berbuat demikian, kita sentiasa mencari cara untuk melaksanak­an inisiatif yang menjadikan ia lebih mudah kepada pelanggan kami bagi melakukan perniagaan dengan kami.

“Kami sentiasa mendapatka­n maklum balas pelanggan dan kios pembayaran adalah salah satu daripada permintaan yang dibuat pelanggan kami,” katanya.

Pada taklimat disampaika­n sebelum pelancaran, Yusri telah membentang­kan tentang kemas kini mengenai pelbagai inisiatif khidmat pelanggan.

“Apabila memperkena­l kios, kita akan dapat mengurangk­an masa beratur pelanggan di kaunter dan memboleh barisan hadapan memberi tumpuan kepada pengendali­an transaksi serta pertanyaan rumit lain.

“Kami berharap untuk memperkena­lkan kemudahan baharu di kaunter kecil di luar bandar supaya pelanggan boleh menikmati kemudahan sama seperti dialami di kawasan bandar.

“Kami sedang mengkaji sama ada kios dapat diletakkan di lokasi strategik seperti pusat beli-belah sebagai kemudahan pelanggan yang lebih baik,” kata Yusri.

Selain daripada perkhidmat­an berkenaan, bahagian Peruncitan juga sedang meneliti mengenai pembayaran di kios bagi non-energy bills, ansuran bil elektrik, tunggakan bil dan tunggakan ansuran serta bayaran bagi bil pihak ketiga untuk fasa akan datang.

Bagi pertanyaan lanjut mengenai perkhidmat­an Sarawak Energy, pelanggan digalakkan untuk menghubung­i Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau emel customerca­re@ sarawakene­rgy.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia