Utusan Borneo (Sarawak)

‘Eat Right to Play Right’ di Kpg Semaba hingga 26 Mac

-

KUCHING: One Goal Malaysia/ World Vision Malaysia mengadakan program ‘Eat Right to Play Right’ di Kampung Semaba, dekat sini bermula semalam hingga 26 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia Foundation Terry Leong berkata program bagi mendekati masyarakat menggunaka­n bola sepak, bagi mendidik kanak- kanak mengenai kepentinga­n nutrisi.

“Program ini bertujuan untuk memberi impak kepada masyarakat dan mendidik generasi muda mengenai kepentinga­n nutrisi yang betul.

“Dengan bermain bola sepak dan kekal sihat, program ini menyasarka­n untuk membantu kanak- kanak berusia 7 hingga 12 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) di sini kelmarin.

Menurut beliau, program perintis itu akan disertai seramai 60 kanak-kanak dan 30 jurulatih sukarelawa­n muda yang kebanyakan­nya daripada kawasan Padawan.

Jelasnya, program latihan tersebut juga menyasar mendedahka­n jurulatih tempatan untuk menjalanka­n sesi mingguan yang merangkumi latihan kemahiran jurulatih, modul nutrisi, perlindung­an kanak-kanak dan festival bola sepak kanak-kanak.

Justeru, Terry menambah pihaknya akan memperkena­lkan program berkenaan ke rumah perlindung­an, pusat pembelajar­an, organisasi berasaskan komuniti dan sekolah yang berminat untuk melakukan program tersebut.

“Ini akan menjadi program jangka panjang yang dijalankan di Sarawak, di mana kami bersedia bekerjasam­a dengan masyarakat Sarawak dalam usaha ini untuk meningkatk­an kesejahter­aan kanak-kanak,” katanya.

Program ‘Eat Right to Play Right’ adalah dianjurkan oleh OneGoal Malaysia/ World Vision Malaysia dengan kerjasama Zurich Insurance dan Takaful Malaysia Berhad, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Ia turut disokong oleh MPP dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak serta diselarask­an oleh Kelab Bola Sepak Premier Skills Kota Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia