Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa meriah ‘Lan Ngail KSR Pustaka Negeri’

-

KUCHING: Orang ramai diajak bersama memeriahka­n serta menyertai acara tahunan pertanding­an memancing ‘ Lan Ngail KSR Pustaka 2017’ pada 1 April ini.

Menurut kenyataan dikeluar di sini kelmarin, pertanding­an bakal diadakan pada Sabtu itu bermula jam 8 pagi hingga 1 petang di Tasik Pustaka.

“Pertanding­an memancing ini adalah anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Pustaka Negeri dan TCE Tackles Sdn Bhd.

“Ia terbuka kepada orang ramai yang berumur 10 tahun ke atas dan yuran pendaftara­n adalah RM30,” menurut kenyataan.

Mereka bakal bergelar juara berpeluang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 bersama peralatan memancing manakala tempat kedua bakal memenangi wang tunai RM500 berserta peralatan memancing.

Sementara tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM300 serta peralatan memancing.

Syarat-syarat serta borang penyertaan boleh didapati di Pustaka Negeri atau laman web sesawang rasmi Pustaka Negeri dengan memuat turut borang di link http://www. pustaka-sarawak.com/documentup­loaded/1490154384. pdf atau layari Facebook pustaka.sarawak.

Program yang diadakan diharap dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara Pustaka dan orang awam di samping mengadakan aktiviti riadah di kalangan ahli keluarga masing-masing.

Pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Norlailawa­ty Ismail ( 082- 442000 sambungan 347) atau norlaii2@ sarawak.gov.my atau Awang Affizan Awang Maulana ( 082- 442000 sambungan 251/ feezand@sarawak.gov. my) atau Jassalini Jamain (082-440488 sambungan 22/ jassalij2s­arawak.gov.my).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia