Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha semua pihak perlu perangi dadah

Jangan serah tugas kepada penguat kuasa, sekolah atau NGO sahaja, kata Abdul Karim

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru usaha bersepadu semua pihak dalam memerangi gejala dadah di negeri ini.

Usaha tersebut, katanya, tidak boleh diserahkan kepada agensi-agensi penguat kuasa, sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan semata-mata.

Pengerusi Persatuan Mencegah Penyalahgu­naan Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sarawak itu memberitah­u, gejala dadah tidak mengenal bangsa, latar belakang kaum, kedudukan atau sama ada yang hidup di bandar atau luar bandar.

“Saya tidak menafikan bahawa dadah telah menyusup masuk ke dalam sekolah walaupun penggunaan­nya oleh pelajar-pelajar sekolah masih dianggap kecil.

“Saya berkongsi kebimbanga­n wakil rakyat Stampin mengenai perkara ini dan berharap masyarakat secara kolektif akan cuba menangani masalah ini bersama-sama dan bukan hanya menyerahka­n kepada polis, sekolah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau NGO seperti PEMADAM.

“Ini adalah masalah sosial yang akan memberi kesan kepada kita semua tanpa mengira siapa kita dalam masyarakat.

“Dengan perubahan dalam trend penyalahgu­naan dadah dan penghasila­n dadah yang semakin meningkat, menjadikan perjuangan menentang dadah ini semakin mencabar,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Abdul Karim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Stampin Julian Tan yang menyeru pihak polis menangani kes- kes dadah di sekolah- sekolah, dengan mendakwa terdapat peningkata­n kes-kes dadah menyusup sekolah dan melibatkan pelajar sekolah.

Tan juga mendakwa ada menerima pelbagai aduan daripada ibu bapa yang bimbang anak- anak mereka di sekolah dan sama ada pengaruh negatif seperti itu akan memberi kesan kepada anak- anak mereka.

Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya berharap agensi penguatkua­saan dapat meningkat usaha mereka dalam membasmi gejala ini sementara orang ramai, termasuk pembangkan­g turut memainkan peranan mereka.

Beralih kepada pembangkan­g, beliau berkata tidak pernah mendengar parti pembangkan­g seperti DAP mempunyai program kesedaran tentang bahaya penyalahgu­naan dadah.

“Mungkin mereka ini terlalu sibuk dengan politik,” ujar beliau.

Dengan perubahan dalam trend penyalahgu­naan dadah dan penghasila­n dadah yang semakin meningkat, menjadikan perjuangan menentang dadah ini semakin mencabar.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM
 ??  ?? LEBIH MUDAH: Sharbini melalukan simbolik pembayaran melalui kios yang dilancarka­n di Wisma SESCo baru-baru ini. Turut kelihatan (dari kanan) Aisah, Lau, Lu dan Yusri.
LEBIH MUDAH: Sharbini melalukan simbolik pembayaran melalui kios yang dilancarka­n di Wisma SESCo baru-baru ini. Turut kelihatan (dari kanan) Aisah, Lau, Lu dan Yusri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia