Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Michael Salengkor cipta sejarah terima Anugerah Reben Biru Kebangsaan

-

MARDUI: Rumah panjang 47 pintu di bawah jagaan Tuai Rumah Michael Salengkor, di Sungai Brit menyambut ulang tahun ketujuh penubuhan mencipta sejarah selepas dikenali sebagai rumah bebas asap rokok yang membolehny­a memenangi Anugerah Reben Biru Kebangsaan daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala, menyampaik­an ucap tahniah kepada rumah panjang atas kejayaan dan pencapaian membanggak­an itu, berharap agar penduduk rumah panjang itu bekerjasam­a dan bersatu padu untuk mengekal kecemerlan­gan mereka.

“Anda kini bukan sahaja hanya dikenali di Marudi atau di Baram, tetapi dikenali hingga ke peringkat pusat di Putrajaya dan terkenal seluruh negara melalui anugerah diperolehi,” katanya.

Justeru beliau mahu rumah panjang tersebut juga merupakan rumah panjang kepada salah seorang ketua masyarakat Iban paling kanan di kawasan Poyut iaitu Penghulu Randi Bundan, supaya bersama-sama menjadikan Rumah Michael Salengkor itu sebagai rumah panjang contoh.

“Bukan sahaja dari segi kepimpinan memperliha­t kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan penghuniny­a, malah daripada aspek kebersihan yang boleh dicontohi penduduk kampung atau rumah panjang lain,” jelas Gerawat lagi.

Berucap pada majlis pelancaran ulang tahun ketujuh Rumah Michael Salengkor di Sungai Brit, kira-kira 30km dari sini, baru-baru ini, Gerawat juga mahu jawatankua­sa kemajuan dan keselamata­n kampung (JKKK) di rumah panjang tersebut membuat perancanga­n rapi mengenai pembanguna­n kampung mereka.

“Pada masa sama, terus menjalin kerjasama erat dengan wakil rakyat kerajaan anda, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen, bagi memastikan kejayaan dan kelancaran pembanguna­n yang ingin dimajukan,” katanya lagi.

Teks ucapan Gerawat pada majlis itu telah dibacakan oleh wakilnya iaitu Pegawai Daerah Marudi, Mackos Sibong.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah setiausaha sulit kepada Datuk Gerawat Gala, Harry Harold serta Pegawai Penerangan Daerah Marudi, Joseph James, TR Michael Salengkor Unting serta kirakira 1,000 penduduk dari rumah- rumah panjang di sekitarnya, bagi menonton persembaha­n menghiburk­an artis popular Iban, Lipi dan Merrylin.

Mengenai permintaan diutara Penghulu Randi berhubung laluan pejalan kaki bersimen menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Brit, bagi kegunaan guru dan muridmurid­nya, Gerawat memberitah­u beliau akan mengarahka­n pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengkaji kos dan keperluann­ya.

Pada majlis yang sama Mackos mengumumka­n peruntukan sebanyak RM7,000 dari Gerawat untuk membiayai kos malam ulang tahun tersebut dan RM8,000 lagi dalam bentuk MRP, untuk JKKK Rumah Michael Salengkor, bagi membolehka­n mereka menganjurk­an aktiviti tahunannya.

 ??  ?? KENANGAN: Mackos (tengah) diapit oleh tetamu serta ahli JKKK yang lain, memotong kek ulang tahun ketujuh, Sungai Brit, di Marudi.
KENANGAN: Mackos (tengah) diapit oleh tetamu serta ahli JKKK yang lain, memotong kek ulang tahun ketujuh, Sungai Brit, di Marudi.
 ??  ?? BANTUAN: Serus (tengah) bersama ahli-ahli Unit Bergerak Penyayang PDP Bintulu.
BANTUAN: Serus (tengah) bersama ahli-ahli Unit Bergerak Penyayang PDP Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia