Utusan Borneo (Sarawak)

Daesh: Guru sekolah rendah antara 9 ditahan

Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan berumur antara 24 dan 46 tahun

-

KUALA LUMPUR: Sembilan lelaki termasuk seorang guru sekolah rendah yang disyaki terbabit dengan kegiatan militan Daesh ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 15 Mac hingga Selasa lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka terdiri daripada warga tempatan berumur antara 24 dan 46 tahun ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor.

Suspek pertama yang ditahan pada 15 Mac lepas ialah seorang juruteknik Puspakom Sdn Bhd, berusia 27 tahun di Klang.

“Suspek merupakan salah seorang anggota sel kumpulan Telegram ‘Gagak Hitam’ (Sel Kumpulan pengganas Daesh yang terlibat dalam insiden letupan di Kelab Movida, Puchong).

Suspek mengaku terlibat dalam penyaluran dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi bagi kegunaan Daesh di Syria,” katanya dalam kenyataan di sini.

Khalid berkata susulan daripada operasi itu polis menahan dua lelaki, masingmasi­ng berumur 37 dan 39 tahun pada 16 Mac lepas di Kulim, Kedah dan di Ipoh, Perak.

Menurutnya seorang suspek itu bekerja sebagai guru sekolah rendah dan seorang lagi sebagai pengawal keselamata­n.

“Suspek yang bekerja sebagai guru itu mengaku menyebarka­n ideologi salafi jihadi kumpulan Daesh melalui Facebook bagi merekrut anggota menyertai Daesh,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal kes- elamatan itu dipercayai telah merancang untuk menyusup keluar dari Malaysia bagi mebolehkan­nya menyertai kumpulan militan Daesh di Syria atau di Selatan Filipina.

Sementara itu, dua lagi suspek ditahan pasa 17 Mac lepas ditahan di Perak mas- ing-masing berumur 31 dan 28 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makan dan seorang lagi pemilik kedai veterinar.

“Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan telah merancang untuk melancarka­n serangan ke atas balai polis di Tapah, Perak dan telah menghubung­i dengan anggota Daesh di Indonesia bagi mendapatka­n bahan-bahan letupan yang akan digunakan dalam serangan itu.

“Suspek juga mempunyai hubungan dengan bekas anggota Daesh di Poso, Indonesia dan aktif merekrut rakyat Malaysia,” katanya.

Khalid berkata tangkapan seterusnya membabitka­n seorang mekanik berumur 32 tahun di Kuala Krai, Kelantan pada 20 Mac.

“Suspek disyaki menyalurka­n dana untuk kumpulan Daesh di Syria dan mempunyai hubungan dengan seorang anggota Daesh di negara ini yang kini telah berada di Syria,” katanya.

Menurutnya tangkapan terakhir pada Selasa lepas membabitka­n tiga lelaki, msing-masing di Kota Bharu, Kelantan; Segamat dan Kota Tinggi, Johor.

Khalid berkata, suspek di Kelantan yang berusia 46 tahun itu disyaki terlibat dalam aktiviti merekrut anggota Daesh manakala suspek yang ditahan di Segamat berumur 20 tahun dan bekerja di sebuah kafe siber.

Manakala suspek ketiga yang ditahan di Kota Tinggi berusia 20 tahun bekerja di sebuah resort.

“Individu kedua dan ketiga disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh di Malaysia,” katanya.

Khalid berkata kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan jenayah di bawah Bab VIA - kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) 2012 (Akta 747). — Bernama

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan telah merancang untuk melancarka­n serangan ke atas balai polis di Tapah, Perak dan telah menghubung­i dengan anggota Daesh di Indonesia bagi mendapatka­n bahanbahan letupan yang akan digunakan dalam serangan itu. Tan Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia