Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurus ladang mengaku tidak bersalah eksploitas­i buruh paksa

-

KUALA KANGSAR: Seorang pengurus ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 15 pertuduhan memperdaga­ngkan 15 individu warga tempatan bagi maksud eksploitas­i buruh paksa, bulan lalu.

Tertuduh, L. Ganis, 43, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorhidaya­h Mohd Saad.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memperdaga­ngkan 15 individu berumur antara 13 dan 66 tahun bagi maksud eksploitas­i buruh paksa dengan ancaman dan kekerasan. Mereka terdiri daripada sembilan lelaki, enam wanita dan dua kanak-kanak.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Ladang Koperasi Kelapa Sawit Sdn Bhd, Kampung Tasek Pengkalan Hulu pada jam 12.10 tengah malam, 26 Feb lalu.

Pertuduhan ke atas Ganis dibuat mengikut Seksyen 12, 13 dan 14 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Noorhidaya­h menetapkan 27 Mac ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar selain melantik jurubahasa dan keputusan sama ada tertuduh dibenar dikat jamin atau sebaliknya.

Di mahkamah sama, lelaki itu juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mempunyai kaitan dengan kongsi gelap berdasarka­n pada tatu lambang duit syiling bertindih (Wah Kee) bertulis nombor 04 di bahagian paha kanannya.

Mengikut pertuduhan, Ganis didapati mempunyai tatu itu yang berhubung kait dengan pertubuhan kongsi gelap Wah Kee di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu pada 4.45 petang, 15 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1960 dan mahkamah menetapkan 18 April depan untuk serahan dokumen di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGAKU TIDAK BERSALAH: L. Ganis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas 15 pertuduhan memperdaga­ngkan 15 individu warga tempatan bagi maksud eksploitas­i buruh paksa dan satu pertuduhan terlibat dengan kongsi gelap semalam.
— Gambar Bernama MENGAKU TIDAK BERSALAH: L. Ganis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas 15 pertuduhan memperdaga­ngkan 15 individu warga tempatan bagi maksud eksploitas­i buruh paksa dan satu pertuduhan terlibat dengan kongsi gelap semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia